Bangkai Ikan Paus Ditemui di Pantai Tanjung Batu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PEKAN – Penempuan bangkai seekor ikan paus seberat lebih 80 kilogram (kg) terdampar di pantai kampung Tanjung Batu dekat Pekan, Pahang menggemparkan penduduk setempat.

Seorang penduduk, Mohd Iqbal Zahir Mohd Khamsani, 36, berkata dia sekitar jam 6.30petang kelmarin, dia menemui bangkai ikan paus yang dihanyutkan arus laut itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata tinjauan ke tempat kejadian akan dilakukan pihaknya harini kerana penemuan mamalia dipercayai jenis Odontocete itu jarang berlaku di negeri ini. Ujarnya lagi, kali terakhir ikan paus ditemui di negeri Pahang adalah pada 2008, iaitu anak ikan pasu betina spesies Bryde’s Whale yang terdampar di beting pasir Kuala Nenasi.

– BERITA HARIAN