Banjir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Banjir,
Setiap tahun kau datang,
Tanpa ku jemput kau pasti bertandang,
Membawa musibah kepada orang,
Harta benda semua dimusnah.

Air makin naik hingga ke dahi,
Barang-barang telah pun dipungahi,
Habis muatan kereta dipenuhi,
Suami isteri hampir bertelagahi,
Dipaksa tinggal barang sebelum dimarahi.

Beberapa orang sedang mengamati,
Ada yang degil berdiri di atas titi,
Penduduk kampung dinasihati,
Supaya lebih berhati-hati,
Takut maut datang mendekati.

Pelbagai agensi ke sana ke mari,
Menteri turut sama hadiri,
Pusat pemindahan dibanjiri,
Bermacam-macam bantuan diberi,
Sebagai tanda ikhlas memberi.

Banjir,
Berita banjir di sana-sini,
Sedih sekali hati ini,
Setiap tahun dibebani,
Kerajaan cuba menangani.

Banjir,
Banyak kawasan rendah disinggahi,
Harta benda banyak dimusnahi,
Penduduk kampung redha dengan ketentuan ilahi,
Tanda tuhan kasihi.