Banjir dan Cara Membersihkan Perabot Rumah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Apabila banjir surut dan rumah anda dilanda banjir, tentu saja anda tidak mahu menunggu terlalu lama untuk kembali ke rumah, bukan? Sebenarnya, masa yang tepat untuk memperbaiki keadaan rumah pasca banjir adalah dengan segera selepas air mulai surut. Tapi, tunggu dulu! Ada banyak bahaya tersembunyi di rumah yang terkena banjir.

1. Semak bahagian luar rumah

sumber: google

Kenalpasti barangan yang mempunyai rangkaian elektrik yang rosak atau sambungan elektrik yang mengalami gangguan pintasan akibat terkena air. Jika ada, sila hubungi mereka yang pakar untuk memperbaiki masalah tersebut. Periksa juga dinding di rumah untuk melihat keretakan akibat tekanan air. Jika retaknya besar dan banyak, dinding boleh saja runtuh. Jadi, jangan terburu-buru masuk ke rumah sebelum pasti yang semuanya terkawal.

2. Elektrik dan gas

sumber: google

Apabila anda masuk ke rumah, matikan aliran elektrik yang biasanya terdapat di kotak litar. Jika masih ada air dan elektrik pula sedang menyala, kebakaran atau pintasanboleh terjadi . Ini adalah kerana air dan elektrik adalah dua elemen yang langsung tidak boleh bertembung dan sering menyebabkan korban jiwa.

3. Pakaian yang sesuai

Apabila membersihkan rumah, pastikan menggunakan pakaian dan kasut yang sesuai seperti kasut but. Oh ya, pakailah kasut but bertapak tebal dan berbahan getah yang tahan air. Ini adalah untuk mengelakkan dari terkena lumpur, serpihan kayu dan benda tajam.

Selain itu, pakailah penutup mulut dan hidung untuk melindungi paru-paru dari pencemaran dan penyakit. Jangan lupa gunakan sarung tangan dari getah agar terlindung dari bahan kimia berbahaya, atau kotoran. Jangan lupa, kenakan topi projek yang boleh melindungi anda bila langit-langit rumah runtuh.

Apabila membersihkan rumah, sediakan juga peralatan membersih yang sesuai seperti penyapu, mop, pembersih disinfektan, penyembur, hos air, beg, dan tempat sampah.

4. Pam pembersih

Pam sedutan atau vacuum cleaner akan memudahkan dan mempercepatkan proses pembersihan rumah. Akan tetapi, jangan mengepam terlalu cepat kerana keadaan lantai masih basah. Oh ya, lakukan semburan untuk menghilangkan sebahagian besar lumpur dan kotoran dari rumah. Dan, pakai pembersih disinfektan untuk mencuci dinding dan lantai bawah.

5. Keringkan segera

Keringkan isi rumah secepat mungkin untuk meminimumkan kerosakan rumah. Buka tingkap dan pintu untuk mempercepatkan proses pengeringan. Selain itu, gunakan kipas angin untuk mengeluarkan udara lembap dan mengelakkan penyebaran kulat dan cendawan. Jika pendingin udara masih kotor, elakkan daripada digunakan. Bila sudah bersih, udara boleh digunakan untuk membantu menghilangkan kelembapan.

6. Cuci pakaian

sumber: google

Bersihkan semua permukaan keras seperti lantai, perabot, dan cuci dengan air panas dan detergen. Setelah selesai pembersihan, cucilah tangan menggunakan sabun dan air bersih. Ulang semula proses yang sama dengan pakaian, ya! Selain itu, buang barang-barang yang sudah terlalu kotor dan rosak seperti tilam, permaidani, kosmetik, patung, mainan bayi, bantal dan buku.

7. Elakkan pertumbuhan kulat dan cendawan

Cendawan dan kulat boleh tumbuh subur selepas banjir, sehingga boleh menimbulkan risiko kesihatan bagi keluarga. Jadi, perhatikan betul sama ada dinding dan siling mengalami perubahan warna atau menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan cendawan. Begitu juga dengan baua. Adakah anda tercium bau tak sedap seperti bau kepam atau bau busuk?

Cendawan juga tumbuh makin menjadi jika rumah mengalami kebocoran bumbung, dinding, atau saluran air. Oleh itu, kelembapan di rumah perlu dikawal. Selain itu, gunakan sabun dan air dan siram ke lantai dan gosok dengan berus. Larutan pemutih atau kloroks boleh mematikan kuman-kuman dan membersihkan lantai. Tetapi awas, jangan campurkan larutan pemutih dengan bahan ammonia kerana ia berbahaya dan boleh menghasilkan asap beracun.

8. Buang barangan yang tidak diperlukan

  • Rendam peralatan makan mulai dari pinggan dan gelas selama 10 minit dalam larutan disinfektan. Peralatan masak seperti kuali dan periuk sebaiknya direbus dalam air panas selama 10 minit.
  • Sebelum menyimpan semua peralatan dapur ke almari, bersihkan dulu almari dan bilas dengan larutan pemutih.
  • Almari pakaian yang telah dicuci, mesti segera dikeringkan dan dibuka setiap laci agar lebih cepat kering. Tapi, jangan terdedah secara langsung di bawah sinar matahari kerana boleh merosakkan almari.
  • Jika karpet baru terkena air banjir selama 24 jam atau lebih, gantung permaidani dan sembur dengan air sampai semua kotoran hilang dan air menjadi berwarna jernih. Selepas itu, cegah pertumbuhanl cendawan dan bau dengan membilas karpet menggunakan 2 sudu makan larutan pemutih (klorok) untuk 1 baldi air.
  • Gambar, buku, dan surat-surat penting harus dikeringkan dengan hati-hati dan perlahan-lahan. Bersihkan dari lumpur dan simpan surat penting dalam beg plastik, dan tempatkan di freezer untuk melindungi dari kulat, cendawan dan kerosakan lebih teruk.
  • Baking soda sebenarnya boleh membersihkan kertas buku yang rosak akibat air banjir.

Sumber: Dewi Malaysia