Banjir Di Kemaman Pulih

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Banjir yang melanda Kemaman pulih sepenuhnya apabila semua mangsa banjir di daerah berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pagi ini.

Pusat pemindahan sementara (PPS) di Surau Kampung Ban Ho yang dibuka tengah hari kelmarin ditutup pada pukul 8 pagi tadi sebaik 10 mangsa daripada dua keluarga pulang ke rumah mereka.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu adalah seramai 137 mangsa setakat 10 pagi ini membabitkan 42 keluarga dari daerah Dungun. Kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, berlaku pengurangan mangsa banjir berbanding 165 mangsa daripada 49 keluarga di empat PPS di Dungun dan Kemaman semalam.

Terdahulu, PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Minda di Dungun yang menempatkan 18 mangsa daripada lima keluarga ditutup malam tadi.

Di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dungun, seramai 69 keluarga daripada 22 keluarga masih berada di PPS berkenaan. Manakala, di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor, seramai 68 mangsa dari 20 keluarga berada di PPS tersebut.

Ketika ini, keadaan cuaca mendung, berangin dan renyai di beberapa kawasan di Terengganu.

Sumber: HARIAN METRO