Banjir di Terengganu Makin Pulih

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya 53 mangsa daripada 12 keluarga masih berlindung di satu pusat pemindahan sementara (PPS) daerah Besut.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, memaklumkan sehingga jam 8 pagi ini, mangsa banjir itu berlindung di Masjid Kampung La, Hulu Besut.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu mengesahkan, mangsa yang berlindung di PPS itu bukan disebabkan kawasan kediaman ditenggelami masih ditenggelami air.

Sebaliknya, katanya kediaman mangsa mengalami kerosakan disebabkan ditenggelami air ketika banjir melanda di daerah berkenaan sejak Ahad lalu.

“Mangsa terpaksa berlindung di PPS disebabkan kediaman masih belum dibaikpulih,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melalui laman media sosialnya memaklumkan, 16 sungai yang dijadikan tempat sukatan banjir berada dibawah paras normal.

Sumber : BERITA HARIAN