KUALA TERENGGANU – Banjir di daerah Kemaman yang disebabkan oleh fenomena air pasang besar semakin pulih apabila satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 10 mangsa banjir daripada dua keluarga ditutup, kira-kira 10 pagi ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri negeri berkata, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, Kuala Kemaman, yang dibuka sejak Isnin lalu ditutup dan semua mangsa telah pulang ke kediaman masing-masing.
Katanya, setakat ini hanya satu PPS yang masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor yang menempatkan seramai sembilan mangsa daripada tiga keluarga.
“PPS di SK Lembah Jabor mula dibuka kira-kira jam 10 malam Isnin lalu,” katanya.
Sumber: HARIAN METRO