Bantuan RM1,000 kepada pengerusi JKKK, JKKB di Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Kerajaan Pahang memberi bantuan tunai RM1,000 seorang secara ‘one-off’ kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB) serta timbalan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR).

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) itu adalah tambahan RM750 kepada pengumuman asal sebanyak RM250 seorang yang dibentangkan pada Belanjawan Pahang 2021 pada 16 November tahun lepas.

“Pembayaran akan dibuat mulai minggu hadapan, membabitkan 675 penerima terdiri daripada 543 pengerusi JKKK, pengerusi JKKB (62 orang) dan timbalan pengerusi JKKR (70 orang) membabitkan peruntukan keseluruhan RM675,000,” katanya menerusi kenyataan di sini, pada Khamis.

Wan Rosdy berharap pemberian itu akan membantu penerima untuk terus meningkatkan khidmat bakti mereka dengan lebih berkesan demi kemajuan dan kemakmuran kampung atau rancangan tanah yang diwakili.

Pahang, bantuan, Wan Rosdy Wan Ismail, JKKK, JKKB, JKKR, belanjawan.

Sumber: My Metro