Barca Juara Piala Super Sepanyol

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

RIYADH – Barcelona selesa menewaskan Real Madrid 3-1 di Arab Saudi hari ini bagi menjuarai Piala Super Sepanyol, trofi pertama sejak jurulatih, Xavi Hernandez mengambil alih pasukan.

Mendapat inspirasi pemain remaja, Gavi yang meledak jaringan serta membantu untuk gol Robert Lewandowski dan Pedri Gonzalez, skuad dari Catalan itu menampilkan satu daripada persembahan terhebat mereka berdepan pencabar Clasico itu.

Selepas melalui musim yang hebat sebagai pemain di Barca, Xavi kembali pada November 2021 dan selepas berbelanja besar pada musim panas, kejayaan berkenaan membawa pasukan itu di landasan sebenar.

Karim Benzema meledak gol saguhati buat Madrid, yang jauh daripada prestasi terbaik mereka sejak rehat Piala Dunia dan kini ketinggalan tiga mata di belakang Barcelona pada aksi La Liga.

Jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti mengalami kekalahan pertama di final sejak 2014, dengan Los Blancos menyerahkan trofi dimenangi mereka kapada Barcelona yang menang Piala Super dengan rekod 14 kali.

“Ia datang dalam dirinya, ia menakjubkan. Pada usia 18 tahun, saya sudah katakan banyak kali, tiada batasan terhadap kemampuan budak ini.”

-UNIT BERITA MANIS FM