Barcelona Dijangka Dapat Tajaan Spotify

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BARCELONA – FC Barcelona dijangka akan mengumumkan perjanjian penajaan jersi dan stadium bersama Spotify, lapor stesen radio Catalan, Rac1 hari ini.

Menurut laporan berkenaan, skuad La Liga itu sudah bersetuju dengan perjanjian tiga tahun bersama platfom penstriman muzik itu yang bernilai 280 juta euro (RM1.34 bilion).

Perjanjian itu bakal menyaksikan pasukan lelaki dan wanita Barca akan menggunakan logo Spotify manakala syarikat itu akan menjadi jenama pertama menaja stadium kelab, Camp Nou dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat esok kata laporan berkenaan.

Syarikat peruncitan Jepun, Rakuten menaja pasukan lelaki sejak 2017 manakala syarikat peralatan Stanley Black & Decker menaja pasukan wanita pada 2018.

Sumber: BERITA HARIAN