Baru Timang Anak Keempat 14 Februari Lalu, Rupanya Zaquan Adha Dah Beli Kereta Hadiah Buat Ayu Raudhah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baru sahaja menimang cahaya mata keempat 14 Februari lalu, pemain bola sepak Zaquan Adha baru sahaja membeli sebuah kereta, untuk dihadiahkan buat isterinya, pelakon Ayu Raudhah.

Pastinya, ia menjadi momen paling manis buat Ayu.

Penghargaan buat isteri tercinta itu diketahui menerusi Instagram individu di akaun @hafisnaserr yang memaklumkan, pemain bola sepak itu ada membeli sebuah kereta untuk dihadiahkan kepada isteri yang baru sahaja melahirkan anak.

“Alhamdulillah Syukur, berkat Rezeki Allah , Saya Dapat Berurusan Dengan @zaqone_08 Harimau Malaya & Kedah Football Player,” tulisnya.

Kongsi indivudu tersebut lagi, proses pembelian dilakukan sangat mudah dan hanya berurusan menerusi WhatsApp dan panggilan telefon sahaja.

“Deal Yang Sangat- Sangat Mudah , Deal Melalui Whatsapp & Call Sahaja , Kereta Tak Tengok Lansung Whatsapp Gambar Sahaja.

“Terima Kasih Abg Zakuan Adha Mempercayai Kerja Saya & Khidmat Saya Untuk Membeli Kereta Baru Beliau Untuk Dihadiahkan Kepada Isteri Beliau Melahirkan Anak Ke Empat Beliau …Taniah Saya Ucapkan Kepada Abg Zakuan Sekeluarga,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha dan Muhammad Aisy Al Khaliq.

zaqone_08 Hari ini masuk hari yg ke7…alhamdulillah baby dah cukur rambut..MUHAMMAD AISY AL KHALIQ bin MOHAMAD ZAQUAN ADHA, Muhammad- Yang terpuji ,Dirahmati Aisy -Mewah ,kaya -raya, kemakmuran hidup, Al KhaliQ -Pencipta(Asma Ul husna)

View this post on Instagram

Allah Hu Akbar !! Syukur ayu telah selamat melahirkan anak ke 4.. it’s a Boy Alhamdulillah… setiap anak ada rezeki nya dan Pengalaman setiap anak lain2 apapun Alhamdulillah Di permudahkan urusan bersalin harini, rezeki sekejap je sakit dh bersalin xsempat Doctor sambut.. kali ni betul2 rasa turun tanda ,pecah ketuban , & contraction.. bukaan 3 cm -10 cm 1 jam lebih ja,maybe dah ank ke 4. Seblum ni baby girl mmg la senang, sblum tu 2boys dgn epidurals so xsempat nk rasa sakit. 😋Suami kalau bole sumua ank dia nk suruh I ambik epidural dia x sanggup tgk ayu sakit. kali ni Allah bg rasa dan menikmati experiences besalin betul2 sama mcm org lain cuma cepat n sakit sekejap bersama org tersayang suami n mama bergilir gilir dkt labour room.😘😍 Tq sayang sentiasa ada utk ada utk I @zaqone_08. Mama of course mak sanggup buat apa saja utk anak2 dia.. betul2 dak?! Kita belum tentu lg ada utk mak kita. Erm.. kami xpernah merancang pun pasal Anak sesungguhnya Rancangan & Kurniaan Allah yg terbaik ,sentiasa bersyukur.. 🙏 semoga Anak2 ku menjadi anak2 yg soleh Dan solehah dan menjadi ladang pahala dan rezeki. Amin ya robb. Pelengkap keluarga Zaquan Ayu🥰

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Sumber: Tube Viral