Presiden Syria, Bashar Al-Assad dan isteri positif Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

DAMASCUS, 25 Rejab 1442 H, Selasa: Presiden Syria, Bashar Al-Assad dan isteri, Asma disahkan positif Covid-19, menurut kenyataan pejabatnya yang disiarkan Agensi Berita Arab Syria (Sana).

Kedua-dua mereka menunjukkan simptom awal wabak itu sebelum menjalani ujian pengesahan jangkitan tersebut.

Pejabat presiden itu memaklumkan, Bashar, 55, berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Beliau dan isterinya, akan menjalani kuarantin di rumah selama dua hingga tiga minggu sebelum kembali bekerja.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari sebelum ulang tahun ke-10 pemberontakan terhadap rejim pemerintahan Assad yang bermula selepas insiden pihak berkuasa menculik dan menyeksa sekumpulan kanak-kanak yang dituduh memasang grafiti antikerajaan di bandar Daraa.

Sokongan masyarakat terhadap penyeksaan kanak-kanak itu mendorong pemberontakan besar-besaran terhadap pemerintahan diktator selama beberapa dekad sehingga hari ini.