Bayern Ada Kelebihan Ke Atas Inter Milan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MILAN – Inter Milan melayan kunjungan gergasi Bundesliga, Bayern Munich pada aksi kumpulan Liga Juara-Juara Eropah di San Siro esok.

Pertembungan Kumpulan C itu menyaksikan Inter turun selepas tewas kepada tetangga Milan dalam aksi Serie A manakala Bayern seri buat kali kedua berturut-turut dalam saingan Bundesliga.

Selepas memberi saingan sengit kepada naib juara musim lalu, Liverpool di peringkat kalah mati, Inter tidak sabar untuk kembali ke pentas elit Eropah itu bagi memperbaiki pencapaian mereka kali ini.

Sejak AC Milan merampas gelaran juara Itali daripada mereka musim lalu – skuad Nerazzurri turut dikecewakan oleh Juventus pada final Coppa Italia – menamatkan tahun pertama Simone Inzhagi sebagai pengendali dengan nada suram.

Bagaimanapun musim 2022-23 menyaksikan kepulangan Romelu Lukaku yang mengharungi musim kurang memberangsangkan ketika kembali bersama Chelsea.

Inter diundi bersama Bayern, Barcelona dan Viktoria Plzen untuk saingan peringkat kumpulan.

Selepas dua kekalahan dalam tiga aksi liga, Inter kini menghuni tangga ketujuh, empat mata di belakang pendahulu.

Bayern dilihat lebih tajam musim ini, berada di tangga ketiga Bundesliga dengan 26 gol dijaringkan dalam enam perlawanan – termasuk lima ke atas Leipzig dan Viktoria Koln, enam ke atas Eintracht Frankfurt dan membelasah Bochum 7-0.

Sumber: BERITA HARIAN