Bayern Munich Rangkul Kejuaraan Ke-10

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pemain Bayern Munich meraikan kejayaan menjuarai kejuaraan Bundesliga musim ini selepas menewaskan Borussia Dortmund di Allianz Arena.

BAYERN Munich merangkul kejuaraan Bundesliga ke-10 berturut-turut selepas menewaskan Borussia Dortmund 3-1 di Allianz Arena dengan berbaki tiga perlawanan musim ini.

Angkatan Julian Nagelsmann terlebih dulu mendahului separuh masa pertama menerusi Serge Gnabry dan Robert Lewandowski bagi meletakkan tuan rumah 2-0.

Emre Can kemudian mengurangkan defisit skuad asuhan Marco Rose dengan gol pada minit ke-52, selepas menyempurnakan sepakan penalti susulan terjahan lewat Joshua Kimmich sebelum Jamal Musiala meledak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-83.

Keputusan itu menyaksikan Bayern, 12 mata di depan Dortmund di tempat kedua, kini memenangi 31 kejuaraan Bundesliga sejak pengenalan divisyen teratas pada 1963.

Kejayaan mengesahkan status kejuaraan liga itu merupakan satu-satunya trofi tunggal musim ini diraih di hadapan 75,000 penyokong sendiri sekali gus menebus kekalahan mengejut suku akhir Liga Juara-Juara kepada sensasi La Liga Sepanyol, Villarreal awal bulan ini.

Sumber: AWANI