Beberapa Jalan di Sekitar KT Ditutup Sempena Raptai, Sambutan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Beberapa jalan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu ditutup secara berperingkat hari ini dan esok (29 dan 31 Ogos) bagi memberi laluan kepada raptai penuh perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri pada 31 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din, berkata jalan yang terlibat adalah Jalan Pejabat di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman (dari lampu isyarat Wisma Darul Iman); Jalan Sultan Sulaiman (dari Bulatan Batu Bersurat); sepanjang Jalan Kolam; Jalan Sultan Zainal Abidin (dari Pasaraya Hock Kee Seng ke Bulatan Bulatan Batu Bersurat); Jalan Sultan Mahmud (dari Bulatan Batu Bersurat ke lampu isyarat Batu Buruk); dan Jalan Muara Selatan (dari Jambatan Angkat ke Bulatan Batu Bersurat).

“Penutupan jalan-jalan tersebut esok dan lusa bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pengguna jalan raya yang ingin ke pusat bandar boleh menggunakan laluan alternatif iaitu bagi pengguna dari Marang dan Chendering boleh menggunakan Jalan Batu Buruk-Jalan Kamarudin; dari Gong Badak dan Kuala Nerus (Jambatan Sultan Mahmud-Bukit Besar-Jalan Air Jernih); dari Seberang Takir (Jalan Tengku Ampuan Bariah-Jambatan Sultan Mahmud-Bukit Besar-Jalan Air Jernih); dan dari Simpang Tokku (Bukit Besar-Jalan Air Jernih).

“Manakala pengguna yang ingin ke Hospital Sultanah Nur Zahirah boleh melalui Jalan Sultan Mahmud dari Persimpangan Batu Buruk ke Persimpangan Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya.

Abdul Rahim berkata pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan dan meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai dan dilarang parkir di laluan acara perbarisan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan penutupan jalan, boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6322243.

Sumber : BERNAMA