Bekas PM Jepun Shinzo Abe Ditembak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dilaporkan ditembak ketika sedang berucap pada satu majlis di bandar Nara, barat Jepun, pada Jumaat.

Menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa, Abe rebah dalam keadaan berdarah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Media melaporkan, kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan di lokasi sama.

Seorang wartawan stesen penyiaran NHK yang berada di lokasi berkata, mereka mendengar bunyi dua das tembakan berturut-turut ketika Abe sedang berucap.

Menurut Kyodo News, Abe berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami serangan jantung.

Sumber: AWANI