Seperti kebiasaan, Janna Nick dan juga keluarga Sheila Rusly memang selalu berkongsikan video dan paling terbaru, suami Sheila, Jinggo telah bermain gitar sambil Janna nyanyi lagu terbaru Sufian Suhaimi, Di Matamu.
Namun nampaknya kali ini persembahan Janna di dalam video tersebut menimbulkan kacau bilau di hati pendengar dan juga pelayar laman sosial yang lain. Terseksa mendengar nyanyian Janna, ada di antara pengguna laman sosial meluahkan perasaan dan juga kritikan terhadap pelakon wanita ini.
Bagi anda yang masih belum mendengar nyanyian Janna, kami kongsikan video ini. Mana tahu boleh jadi lagu cover pilihan anda selepas ini. Boleh layan ramai-ramai di pejabat. Enjoy!
Sumber: Rotikaya