Berita Palsu Tular: JKM Nafi Poster ‘Bantuan Warga Emas One-Off Sehingga RM500’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan kesasihan poster berkaitan ‘Bantuan Warga Emas one-off sehingga RM500’ yang kini sedang tular dalam media sosial.

Melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini menegaskan bahawa poster tular itu adalah palsu.

Orang ramai disarankan merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih.

Oleh itu, orang ramai juga dinasihat agar tidak mudah mempercayai maklumat yang palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu.

Sumber: BERNAMA