Besut Bakal Jadi Hab Ukiran Melayu Tradisional

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan Besut sebagai Hab Ukiran Melayu Tradisional di Terengganu dan juga Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pihaknya yakin perabot kayu berukir masih mempunyai peminat tersendiri, malah pasarannya ketika ini juga boleh setanding dengan perabot moden jika diketengahkan mengikut trend semasa.

“Ukir kayu adalah seni pertukangan tangan yang menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Satu kerugian besar jika pening­galan ini tidak dijaga dan diwarisi golongan muda. Bukan semua kayu boleh digunakan untuk buat kraf hiasan kayu. Untuk produk dalaman, kayu yang sesuai digunakan untuk ukiran adalah jati, angsana dan juga cengal”

Kredit Gambar : TRDI News

Hadir sama Menteri Perusahaan,Perladangan & Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh serta dua juruukir terkenal di Malaysia, Norhaiza Noordin dan Mohd Salizan Abd Rahman.

Menurut Kharuddin, kementeriannya juga mempunyai hasrat yang sama dengan kerajaan untuk menjadikan Besut sebagai hab ukiran.

“Tujuan hab itu berpotensi dijadikan bengkel besar bagi mereka yang terlibat dalam seni ukir untuk mereka dapatkan khidmat mesin dan sebagainya. Oleh itu Malaysia dapat kembangkan lagi seni ukiran tradisional ini untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan dalam masa sama berusaha membawa nilai estetika serta nilai kesenian Melayu,” tambah beliau.

Sumber : TRDI News