Besut Satu-Satunya Daerah Masih Terjejas Banjir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah Besut di Terengganu bagi menempatkan mereka yang terjejas akibat banjir.

Setakat jam 8 pagi ini, seramai 138 mangsa daripada 41 keluarga masih berlindung di dua PPS berkenaan.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 126 mangsa daripada 38 keluarga berada di PPS Masjid Kampung La di Besut manakala, 12 mangsa daripada tiga keluarga lagi ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Pantai.

Banjir di Terengganu semakin beransur baik menyebabkan sebahagian besar mangsa yang terjejas di lapan daerah di Terengganu sebelum ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat.

Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu yang menutup semua PPS pada Sabtu lalu diikuti Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu kelmarin.

Semalam, PPS di Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu pula ditutup secara berperingkat.

Terdahulu, banjir luar jangka yang melanda Terengganu bermula 18 Disember lalu menyaksikan lebih 40,000 mangsa terjejas.

Sumber: BERITA HARIAN