Bilangan Penduduk Terjejas Banjir di Terengganu Berkurangan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Penduduk terjejas banjir di Terengganu mula pulang ke kediaman masing-masing sejak Sabtu lalu.

Bilangan penduduk terjejas berkurangan kepada 861 penduduk daripada 244 keluarga yang ditempatkan di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 12.00 tengahari tadi.

Menerusi kenyataan sekretariat Jawatankuasa pengurusan banjir negeri, tiga daerah masih dibuka iaitu di daerah Kuala Nerus, Besut dan Kuala Terengganu.

Daerah Kuala Nerus masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 635 orang melibatkan 184 keluarga di tiga PPS, manakala lain-lain daerah iaitu Kuala Terengganu mencatatkan 70 orang, Besut 156 orang.

Sementara itu di daerah Marang, PSS Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Berangan ditutup pukul 10.00 pagi tadi dengan jumlah terakhir 76 orang.

Sumber : BERITA RTM