Birmingham City University memperkenalkan kursus pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan Islam yang pertama di UK

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Taman BCU dan Millennium Point, Birmingham. Gambar oleh Craig Holmes.

Mengakui bahawa permintaan semakin meningkat dalam bidang kewangan Islam, sebuah universiti terkemuka di Britain iaitu Birmingham City University, telah memperkenalkan Kursus Ijazah sarjana Perakaunan dan Kewangan Islam pertama di UK. Para pelajar dalam bidang Ijazah BSc (Hons) Perakaunan dan Kewangan Islam akan mempelajari ekonomi Islam sambil meluaskan pemahaman mengenai tanggungjawab sosial korporat dalam modul yang dilaksanakan. Selain itu, para pelajar juga akan mempelajari bagaimana perniagaan memainkan tanggungjawab yang lebih besar dalam membantu ke arah sistem dunia yang lebih bersih dan mampan.

Kewangan Islam adalah salah satu industri kewangan yang paling pesat berkembang, dengan aset global melebihi $ 2 trilion dan dijangka mencapai $ 3.8 trilion menjelang 2023.Kewangan Islam muncul pada abad ke-20 sebagai alat yang berkesan untuk membiayai pembangunan di seluruh dunia, termasuk di negara-negara bukan Islam. Organisasi Islam menjalankan operasinya dengan cara yang selaras dengan prinsip undang-undang Islam. Kewangan patuh syariah berbeza dengan perbankan konvensional. Pasaran perbankan Islam global merangkumi pelbagai aspek, seperti perbankan Islam, takaful: Insurans Islam, sukuk: bon Islam, dan pasaran Modal Syariah: dana Islam. Antara perkara utama dalam kewangan Islam ialah larangan mengenakan faedah dan melabur dalam syarikat yang mematuhi etika.

UK mempunyai reputasi sebagai salah satu pusat kewangan terpenting dan inovatif di dunia dimana. Kota London adalah pusat utama kewangan Islam di luar dunia Islam dengan jumlah aset lebih dari $ 5 billion. Hari ini, lebih daripada 20 bank di UK menawarkan perkhidmatan Kewangan Islam, dan lima dari bank tersebut sepenuhnya mematuhi Syariah, termasuk Al Rayan Bank. Dipercayai bahawa lebih 80% daripada keseluruhan pelanggan tetap bank Al Rayan adalah dari golongan bukan Islam.

Menurut Shaista, pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan Universiti Birmingham City, Kewangan Islam menggunakan alat untuk memastikan pengagihan kekayaan, sumber dan pertumbuhan yang adil dan saksama berdasarkan keuntungan, kerugian dan pembahagian risiko sambil mencapai matlamat pembangunan lestari PBB dan memastikan proses etika dan lestari dalam perniagaan dan kewangan. Kursus ini dilancarkan pada masa yang sangat penting dalam sejarah kita. Dengan adanya pandemik dan kegawatan ekonomi pada masa ini, wujud keperluan yang mendesak untuk memikirkan kembali alternatif terhadap ekonomi

Pelajar yang mengikuti kursus akan diajar falsafah mengenai prinsip-prinsip ini dan akan didorong untuk mencari jalan untuk menerapkannya dalam situasi dunia sebenar. Pengajian ini bukan sekadar kursus bagi umat Islam, tetapi turut merangkumi cara dan etika dalam melakukan kewangan berdasarkan ajaran Islam. Ijazah ini juga akan memberi pelajar peluang untuk bekerjasama dengan organisasi termasuk badan amal Islam dalam projek nasihat masyarakat.

Sumber : The business Desk