Bolehkah Makan Daging Korban Nazar?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Ibadah korban akan tiba tak lama lagi. Rata-rata mereka yang mampu menyertai korban pasti telah mempersiapkan diri untuk melaksanakannya. Walaupun hukumnya adalah sunat, namun ia adalah ibadah yang dituntut untuk dilakukan buat mereka yang mampu dan mempunyai harta yang cukup ke atasnya dan ke atas tanggungannya.

Namun, buat mereka yang bernazar untuk melaksanakan ibadah ini sama ada disebabkan oleh pencapaian sesuatu atau apa sahaja yang diniatkan, maka hukumnya adalah wajib.

Hal ini kerana, nazar ialah janji yang wajib ditunaikan jika ia adalah dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Adapun, daging yang dikorbankan untuk korban nazar adalah haram dimakan ke atasnya. Maka, wajib untuk menyedekahkan keseluruhan bahagian binatang korban wajib tersebut kepada orang lain.

Hal ini adalah berbeza dengan pembahagian binatang korban sunat yang dinyatakan, iaitu 1/3 untuk diri sendiri dan 2/3 adalah untuk golongan fakir miskin.

Bagaimana jika seseorang yang bernazar itu tersilap memakan daging korban tersebut? Menurut jumhur ulama dalam Mazhab Syafi’e, ia wajib diganti dengan kadar yang dimakan itu kepada orang lain.

Dalam hal ini, tidak perlu menyembelih semula haiwan yang lain. Ia boleh diganti dengan daging biasa namun berdasarkan kepada nilai yang sama.

Sumber:TZKRH.COM