Bolehkah Wanita Membaca Khutbah Hari Raya?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Solat sunat hari raya adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut dilakukan kerana Baginda SAW tidak pernah meninggalkannya sejak ia mula-mula disyariatkan sehingga Baginda SAW wafat.

Hukum membaca khutbah hari raya pula adalah sunat. Menurut Imam As-Syaukani yang bersabda bermaksud:  “Aku tidak menemui sebarang pandangan mewajibkannya.”

Justeru, sah solat sunat hari raya walaupun ia dilakukan tanpa khutbah. Namun, menurut Mazhab Syafi’e, hukumnya adalah makruh yang bersabda bermafhum: “Seorang yang menghadiri solat sunat hari raya tetapi tidak mendengar khutbah hari raya atau bercakap-cakap ketika khutbah disampaikan atau meninggalkan majlis tanpa menunggu khutbah.”

Walaupun hukumnya adalah sunat, namun tidak salah untuk mencuba. Bukan mudah untuk mendapat peluang membaca khutbah hari raya, bukan?

Namun begitu, timbul persoalan terhadap kaum wanita yang tinggal berjauhan daripada keluarga dan terpaksa beraya bersama-sama kawan serumah mereka. Antara persoalannya ialah adakah mereka boleh membaca khutbah sama seperti kaum lelaki?

Wanita yang tidak dapat pulang beraya bersama kaum keluarga dan terpaksa menyambutnya di perantauan bersama teman-temannya yang lain boleh melakukan solat sunat hari raya sesama mereka. Hukumnya adalah sunat.

Berkaitan dengan bacaan khutbah oleh wanita, tidak disunatkan ke atas mereka untuk membacanya. Hal ini ada diterangkan melalui kitab Busyra al-Karim yang bersabda bermaksud: 

“Kemudian, apabila selesai menunaikan solat hari raya, maka sunat dilakukan khutbah walaupun hanya untuk dua orang dan walaupun untuk musafir yang solat dalam perjalanan dan walaupun waktunya sudah tamat. Walaupun mereka solat bersendirian (tidak berjemaah). Namun, tidak sunat berkhutbah apabila solat bersendirian. Tidak juga disunatkan ke atas jemaah wanita melainkan khutbah itu dilakukan oleh lelaki.” (Busyra al-Karim, 246, Darul Minhaj)

Jumhur ulama juga berpendapat bahawa tidak disunatkan ke atas jemaah wanita untuk membaca khutbah sesama mereka. Adapun, jika mereka ingin membaca tazkirah ringkas sebagai menggantikan khutbah tersebut, itu adalah dibolehkan. Mereka juga boleh memasang khutbah melalui televisyen atau radio yang disediakan pada pagi hari raya selepas menunaikan solat sunat.

Sumber: TZKRH.COM