Bosnia-Herzegovina pindah pelarian dari rumah terbengkalai ke kem pelarian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sekumpulan pelarian di kem Lipa di Bihac, Bosnia dan Herzegovina, 18 Februari 2021. (Foto EPA)

Pihak berkuasa Bosnia telah memindahkan lebih dari 100 pelarian yang separuh daripadanya merupakan kanak-kanak, hampir separuh daripadanya kanak-kanak, yang tidur nyenyak sementara menunggu peluang masuk ke negara jiran Croatia.

Para pelarian tersebut tinggal di rumah-rumah terbengkalai yang tidak diduduki di Bosnia-Herzegovina dan tidak mempunyai sebarang kemudahan asas. Mereka dipindahkan ke sebuah kem di wilayah itu yang menempatkan kumpulan-kumpulan yang rentan, kata Perkhidmatan Hal Ehwal Orang Asing.

Secara keseluruhan, di lapan rumah terbengkalai tersebut, polis menemui 115 orang dari 34 keluarga yang merangkumi 53 kanak-kanak. Terdapat ribuan pelarian lagi masih terkandas yang cuba melarikan diri dari perang dan situasi kemiskinan disebabkan masih belum dapat memasuki negara-negara Eropah.

Kebanyakan pelarian berkumpul di wilayah barat laut Bosnia-Herzegovina bertujuan untuk melintasi sempadan secara haram ke negara anggota Kesatuan Eropah yang berdekatan.

Para pelarian di Bosnia-Herzegovina juga membuat aduan mengadu gangguan, tekanan dan keganasan di tangan polis Croatia.

Masih dalam proses pemulihan akibat dari perang yang dahsyat pada tahun 1990-an, Bosnia-Herzegovina mengalami waktu yang sukar ditambah lagi dengan kemasukan orang dari Timur Tengah, Asia dan Afrika, kerana banyak kem pendatang masih dalam keadaan terabai.

Kem Lipa, salah satu kem penempatan di kawasan pergunungan berhampiran bandar Bihac, Bosnia-Herzegovina terbakar pada bulan Disember menyebabkan para pelarian terpaksa tinggal dalam keadaan yang sangat sejuk.

Beberapa kumpulan hak asasi mengkritik keras kem tersebut yang tidak selesa kerana kekurangan sumber daya. Pihak Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan bantuan kemanusiaan sebanyak 3.5 juta euro untuk membantu pelarian.

Sementara itu, EU telah mendesak negara Balkan untuk mengurus krisis pelarian dengan lebih baik.