Buka Bengkel Untuk Bantu Belia Kampung

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MARAN : Niat murni untuk membantu belia yang menganggur di kampungnya hampir berjaya direalisasikan dengan bantuan yang dihulurkan Kerajaan Negeri.

Bagi Mohd Fakrur Razi Marifin @Arifin, bantuan sebanyak RM10,000 bagi membuka bengkel motosikal yang diterima dengan penuh rasa syukur.

YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin

“Saya namakan bengkel ini sebagai Fakrur Motor. Saya buat bengkel ni untuk tolong orang kampung, tolong anak-anak muda yang tak ada kerja.

“Terima kasih kepada Dato’ Ha (YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin) dan YAB Menteri Besar Pahang kerana membantu saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ke bengkel barunya di sini.

Pada lawatan itu, beliau turut merasmikan bengkel yang telah siap hasil daripada sumbangan Kerajaan Negeri Pahang yang diluluskan oleh YAB MB.

“Saya mendoakan agar saudara Fakrur Razi terus sukses dan Berjaya merealisasikan niat murninya untuk membantu orang lain pula.

“Daripada pihak Kerajaan Negeri, kita sentiasa akan memberi sokongan dan bantuan kepada rakyat terutamanya mereka yang mahu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA