Bukan sahaja sedap, tebu ada banyak khasiat terutamanya buat ibu mengandung!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TEBU merupakan sejenis tanaman yang cukup terkenal sebagai sumber utama penghasilan gula.

Ia mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti karbohidrat, protein dan mineral seperti kalsium, zat besi, kalium dan fostor di dalamnya.

Bukan itu sahaja, tebu juga sering diproses menjadi jus atau air tebu yang mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa lain.

Air tebu dikatakan lebih sihat berbanding mengambil gula kerana gula yang diekstrak daripada air tebu hanya mengandungi 15 kalori.

Pun begitu, rasa manis semula jadi yang terdapat pada tebu serta khasiatnya bukan bererti ia boleh diambil secara berlebihan sebaliknya ia perlu dikawal agar tidak mengundang bahaya kepada kesihatan.

Dalam pada itu, tebu bukan sahaja manis dan enak, tetapi ia juga terbukti mempunyai pelbagai manfaat seperti meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser dan juga beberapa penyakit lain.

Antara manfaat tebu yang ramai tidak tahu adalah ia boleh merawat luka, menguatkan tulang, menurunkan kadar kolestrol, mengawal tekanan, menjaga paru-paru dan menambah tenaga.

Air tebu juga cukup baik untuk ibu hamil kerana sifatnya yang meningkatkan metabolisme, melancarkan penghadaman serta mampu mengurangkan gejala ‘morning sickness’.

Selain itu, air tebu juga dapat memberikan tenaga kepada ibu mengandung kerana indeks glisemik yang rendah.

Air tebu juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh ibu hamil secara semula jadi daripada bergantung kepada ubat-ubatan atau antibiotik.

Ia juga membantu meredakan masalah sembelit yang sering dialami oleh wanita mengandung.

Bagaimanapun minum air tebu boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala dan mual sekiranya ia diambil secara berlebihan.

Jika ingin mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada air tebu, sebaik-baiknya hanya minum segelas sehari sudah memadai.

Sumber: mStar