Buruh mengasari isteri didenda RM1,500

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Buruh didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menggunakan kekerasan terhadap isterinya.

Tertuduh, Nik Rospadli Ab Latiff, 41, turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.

Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 33 tahun di sebuah rumah di daerah ini, pada 7.30 malam, 8 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full manakala, tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Ain Mohd Rani.

Sumber: My Metro