Mufti Al-Quds Kecam Tindakan Israel Ubah Status Quo Al-Aqsa

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Mufti Besar Al-Quds Palestin yang juga pengkhutbah di Masjid al-Aqsa, Syekh Muhammad Hussein mengecam keras rancangan Israel merobohkan Masjid Al-Aqsa dan tempat kiblat pertama yang merupakan milik umat Islam.

“Pihaknya menolak tegas pengubahan status quo agama, sejarah, dan hukum yang ada di masjid Al-Aqsa yang merupakan sebahagian dari kiblat pertama umat Islam, dan masjid ketiga paling suci yang dianjurkan oleh umat Islam untuk melawatnya,” kata Syekh Husain dalam keterangannya.

Menurutnya, semua bangunan masjid Al-Aqsa, halaman dan fasiliti di sana adalah tanah milik umat Islam. Beliau turut menyeru agar usaha untuk pergi ke masjid Al-Aqsa perlu ditingkatkan oleh warga Palestin untuk menjaga masjid Al-Aqsa dari ancaman Pihak Israel.

Komitmen oleh warga Palestin sangat digalakkan untuk menjaga masjid tersebut meskipun memerlukan perjuangan dan pengorbanan sehingga Allah mewariskan bumi dan seisinya.

Mufti Besar Al-Quds meminta kepada pejuang-pejuang kebebasan Islam untuk membela masjid Aqsa, membela rakyat Palestin dan berusaha untuk mencari keadilan untuk rakyat Palestina.

“Pihaknya berharap agar komuniti antarabangsa memberi tindak balas kepada Israel dan penduduknya supaya tidak memanipulasi sejarah kekerasan  terhadap tempat suci umat Islam dan Kristizn di wilayah Palestina,” ungkapnya.