KUALA TERENGGANU – Candat Sotong 100 Tahun Koperasi mendapat hampir 285 penyertaan melalui pelbagai agensi terutama koperasi dan syarikat. Antara 28 agensi yang menyertai pertandingan Candat Sotong ini ialah Koperasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Berhad (KO-MAIDAM), Koperasi Pengusaha Melon Manis Terengganu, Koperasi Nelayan Negeri Terengganu Berhad, pihak media dan banyak lagi.
Peserta Candat Sotong 100 Tahun Koperasi ini mula berlepas dari Jeti Pulau Duyong pada selepas solat Jumaat. Acara perasmian Candat Sotong 100 Tahun ini dirasmikan dengan pihak Terengganu Drawbridges dengan pembukaan“bascule” bagi memberi laluan kepada bot-bot peserta melakukan aktiviti mencadat sotong.
Dengan penyertaan jumlah keseluruhan 30 bot, tangkapan yang berjaya diraih adalah melebihi 500 Kg atau hampir setengah tan. Juara keseluruhan berjaya disandang oleh Terengganu Fishing Association dengan tangkapan hampir 70 Kg dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 5,000.
Sumber: UNIT BERITA MANIS FM