Antara barang paling kotor sekali di dapur kita selain span basuh pinggan adalah tuala dapur.
Semua kotoran kita lap menggunakan tuala ini dan ada yang tidak dibasuh dalam tempoh yang lama hingga menimbulkan bau busuk.
Bila dah lama dalam keadaan begini basuh pun tetap akan ada baunya. Itu belum lagi kotoran yang melekat.
Jadi macam mana cara terbaik untuk membasuh tuala dapur ini supaya kotorannya terhapus dan bau busuknya hilang.
Bahan diperlukan:
Air suam
Cuka
Baking soda
Cara basuh:
1. Rendam tuala dapur yang kotor dalam air suam bersama dengan cuka.
2. Taburkan juga 1 sudu besar baking soda untuk menyahkan baunya. Rendam paling kurang 15 minit. 3.
3. Sekiranya masukkan sekali peluntur jika tuala putih.
4. Kemudian bilas menggunakan air panas.
5. Perah dan terus jemur, jangan biarkan ia terperap.
TIP
-Sebaiknya basuh tuala dapur selepas digunakan beberapa hari. Jangan tunggu ia berbau.
-Biasakan menjemur tuala dapur selepas digunakan untuk memastikan ia kering. Tuala dapur yang lembap akan memerangkap kuman dan juga menyebabkan bau busuk.
Sumber: Vanilla Kismis