Ini Langkah Mudah Bayar Zakat Fitrah Dalam Talian Bagi Penduduk Negeri Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Apabila masuk sahaja bulan Ramadan, pastinya umat Islam dituntut untuk membayar zakat. Ia merupakan satu kewajipan dalam agama Islam yang perlu ditunaikan. Namun sebelum itu, tahukah kita kenapa kita perlu membayar zakat fitrah?

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat membawa maksud suci, rahmat, berkat, berkembang , subur, bertambah dan sedekah atau dari segi istilah, ia membawa maksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas sebahagian harta kekayaan dari sumber yang baik yang dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak menerimanya.

Manakala, Zakat Fitrah pula merupakan zakat yang diwajibkan atas setiap jiwa baik lelaki dan perempuan muslim yang dilakukan pada bulan Ramadan sehingga mejelang solat Hari Raya Aidilfitri.

Siapakah golongan yang perlu membayar Zakat Fitrah?

a. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

b. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.

c. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.

d. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

Berapakah harga bayaran Zakat Fitrah?

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Manakala, bayaran Zakat Fitrah untuk Negeri Terengganu pula adalah sebanyak Rm7.00 untuk seorang.

Ini Langkah Bayar Zakat Fitrah Dalam Talian:

Kini mudah sahaja caranya untuk kita bayar zakat fitrah bagi menunaikan kewajipan membayar zakat yang dituntut agama. Kita tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter dan berseseak-sesak keluarkerana kemudahan membayar zakat kini hanya di hujung jari. Ikuti panduan membayar zakat sebagaimana di bawah:

1. Muat turun Aplikasi SnapPay di PlayStore

2. Kemudian Sign in menggunakan email telefon anda.

3. Setelah berjaya sign email telefon anda, kemudian tekan di bahagian “Home” lalu cari dan tekan pada Zakat Fitrah 1443.

4. Setelah itu tekan pada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu.

5. Lalu masukkan segala maklumat yang perlu diisi dengan lengkap dan betul.

6. Masukkan berapa ramai tanggungan di bawah jagaan anda. Setelah lengkapkan semua maklumat yang diperlukan itu, lalu tekan “Bayar”.

7. Sebelum menekan perkataan “bayar” untuk seterusnya, pastikan anda membaca Niat dan Lafaz Akad Fitrah, Jika bayar untuk diri sendiri baca pada ayat untuk diri sendiri, namun untuk seterusnya baca pada ayat yang perlu dibaca.

8. Kemudian baca doa Akad pula. Setelah selesai tekan “ Bayar”.

9. Pilih bank mana yang ingin anda membuat pembayaran tersebut, setelah itu boleh  teruskan  membayarnya. Selesai, selamat mencuba.


  • Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh mempelajarinya di youtube channel TheHaikal

Mudah kan! Hanya 9 langkah sahaja untuk kita menunaikan kewajipan kita. Jangan lupa untuk membayar zakat