Cara Mudah Hilangkan Bau Hanyir Pada Ikan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Bau hanyir pada ikan memang boleh menyebabkan selera makan terbantut. Sedap macam mana pun, kalau sudah ada bau hanyir, memang terpaksa tolak ke tepi!

Sebab itu penting untuk anda mengetahui teknik yang betul bagaimana cara hilangkan bau hanyir pada ikan sebelum memasaknya.

#1 Insang dan perut ikan harus dibuang terlebih dahulu. Kosongkan bahagian dalam perut dan bilas beberapa kali dengan air. Kerana bau yang hanyir tu datangnya daripada perut ikan.

#2 Salah satu faktor yang menyebabkan bahagian empedu wajib dibuang kerana ia adalah punca bau tanah. Dan disebabkan empedu terletak didalam perut ikan, hati-hati jangan sampai empedu itu pecah. Ia akan mengeluarkan cecair putih dan berbau kuat, menyebabkan daging ikan menjadi pelik.

#3 Semua orang tahu kehebatan garam memang boleh menghilangkan segala bau pelik pada makanan. Mudah je caranya, korang just sapukan garam pada seluruh ikan dan bilas selepas dibiarkan selama beberapa jam. Kalau masih berbau tanah boleh ulang proses ini.

#4 Ada juga petua rendam ikan dalam air susu. Selepas siang ikan, rendamkan ikan dengan susu dna biar selama beberapa jam. Jangan lupa untuk balut penutup bekas dengan plastic wrap. Rasa daging ikan jauh lebih menarik !

#5 Tidak dinafikan bawang bombay dan lemon boleh menyingkirkan bau ikan yang menusuk kalbu. Senang je, just kupas dan potong bahan bahan itu dan letakkan pada ikan sehingga menutupi semua bahagian ikan.