Arena Manis

Johor Cipta Sejarah Juara SUKMA XX

KUALA LUMPUR – Johor meluaskan kuasa mereka dalam arena sukan negara menerusi kejayaan muncul juara keseluruhan buat kali pertama di Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang berakhir, hari ini. Prestasi ditunjukkan barisan atlet Harimau Selatan pada temasya kali ini dianggap luar biasa apabila mengungguli carta kedudukan pingat dengan kutipan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa. …

Johor Cipta Sejarah Juara SUKMA XX Read More »

Cheng Hoe Pengendali Baharu Selangor FC

KUALA LUMPUR – Selangor FC akhirnya mengumumkan bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih baharu Gergasi Merah. Perkembangan itu dimaklumkan kelab berkenaan di laman Facebook rasmi mereka, hari ini, sambil memuat naik video pendek memaparkan pengendali berusia 54 tahun itu. “Selangor FC dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih …

Cheng Hoe Pengendali Baharu Selangor FC Read More »

‘Ibu Segala Pingat’ Milik Terengganu

KUALA LUMPUR – ‘Ibu segala pingat’ menjadi milik Terengganu selepas pasukan dari Pantai Timur itu menewaskan Pulau Pinang (PP) 2-0 pada aksi final acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, sebentar tadi. Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Badrul Afzan Razali menamatkan penantian 12 tahun untuk kembali merangkul …

‘Ibu Segala Pingat’ Milik Terengganu Read More »

Terengganu Sasar Tempat Kedua SUKMA

KUALA TERENGGANU – Impian kontinjen Terengganu untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) di Lembah Klang dengan misi ‘Victory Mission’ boleh dikatakan sudah tertutup selepas kontinjen Johor hampir pasti dinobatkan sebagai juara baharu edisi ke-20 ini. Namun dengan berbaki sehari sahaja lagi sebelum kejohanan terbesar dalam negara itu menutup tirainya esok, kontinjen Terengganu yang …

Terengganu Sasar Tempat Kedua SUKMA Read More »

Jerman Waspada Cabaran Hungary

BERLIN – Jerman sedar dengan kualiti dimiliki Hungary menjelang pertemuan Liga Negara-Negara UEFA antara mereka di Leipzig esok. Selepas terikat 1-1 di Budapest sebelum ini, Jerman kini berada di tangga kedua Kumpulan A3 di belakang Hungary. Lebih malang lagi buat skuad kendalian Hansi Flick apabila terpaksa melayan kunjungan Hungary tanpa empat tonggak, termasuk kapten Manuel …

Jerman Waspada Cabaran Hungary Read More »

Badrul Hela Nafas Lega

BANGI – Pengendali Terengganu, Badrul Afzan Razali jelas lega selepas anak buahnya melepasi satu lagi ‘halangan’ dan berjaya mengesahkan tempat ke final acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, petang tadi. Badrul menyifatkan aksi menentang Selangor itu bukanlah satu perlawanan yang mudah, namun usaha keras dan semangat juang ditunjukkan menyaksikan laluan untuk memburu pingat emas …

Badrul Hela Nafas Lega Read More »

Nor Aisyah Gegar Velodrom Nasional

NILAI – Pelumba berbasikal trek Terengganu Nor Aisyah Munirah Chek Ramli menggegarkan Velodrom Nasional Malaysia, di sini apabila berjaya memecah rekod kebangsaan acara 3 kilometer (km) kejar-mengejar individu wanita sekali gus merangkul emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, hari ini. Nor Aisyah merekodkan masa 3 minit 47.551 saat (s) untuk mengatasi rakan sepasukan Ezzatie Fifiyana …

Nor Aisyah Gegar Velodrom Nasional Read More »

PM Sepanyol Selar Atletico Insiden Perkauman

BARCELONA – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengkritik Atletico Madrid kerana tidak tegas berdepan kecaman perkauman daripada pemain mereka terhadap pemain sayap Real Madrid, Vinicius Junior. Kelab itu kemudian mengeluarkan kenyataan mengatakan insiden itu “tidak boleh diterima” dan pihaknya tidak akan berhenti selagi mereka yang melakukannya tidak ditemui dan dikenakan hukuman. Sebahagian kawasan penyokong melaungkan …

PM Sepanyol Selar Atletico Insiden Perkauman Read More »

Empat Emas, Empat Rekod Kebangsaan

PUTRAJAYA – Atlet Terengganu, Syahida Asyiqin Rusli mungkin boleh diletakkan sebagai calon utama Olahragawati Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 selepas menutup tirai acara kayak dengan menggondol empat pingat emas dan empat rekod kebangsaan. Walaupun hanya berlatih di sungai Kuala Ibai, Terengganu berbanding atlet lain di luar negara, ia jelas tidak menghalang Syahida menawan venue …

Empat Emas, Empat Rekod Kebangsaan Read More »

Skuad United Keracunan Makanan

LONDON – Pemain dan kakitangan Manchester United mengalami keracunan makanan selepas kemenangan mereka dalam Liga Europa di Moldova. Kumpulan itu terus kembali ke Manchester selepas kemenangan 2-0 menentang FC Sheriff Khamis lalu menggunakan penerbangan khas. Namun ada antara mereka mula berasa tidak sihat pada Jumaat. Difahamkan sehingga 12 pemain dan staf United mengalami kesan daripada …

Skuad United Keracunan Makanan Read More »