Arena Manis

SUKMA 2024 Mungkin Sekali Lagi di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) kemungkinan besar sekali lagi akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Kuala Lumpur. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun, berkata pihaknya bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri yang berminat bagi menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu pada edisi berkenaan. …

SUKMA 2024 Mungkin Sekali Lagi di Kuala Lumpur Read More »

Jaguh Komanwel Cari Emas SUKMA

KUALA LUMPUR – Kelibat pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022, Ng Tze Yong akan menjadi tumpuan apabila saingan badminton Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 membuka tirai di Axiata Arena Bukit Jalil, esok. Pemain perseorangan lelaki negara yang menduduki ranking ke-39 dunia itu akan menggalas cabaran Johor dan diletakkan sebagai pilihan utama bagi memenangi pingat emas …

Jaguh Komanwel Cari Emas SUKMA Read More »

Malaysia Gagal ke Pusingan Akhir Piala Asia B-20

KUALA LUMPUR – Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara terkeluar dari perebutan tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2023 susulan kemenangan 6-0 Mongolia ke atas Sri Lanka di Stadium MFF, Ulaanbatar, petang tadi. Kemenangan besar luar jangka yang direkodkan Mongolia dalam aksi terakhir Kumpulan E itu menyaksikan mereka merampas kedudukan kedua kumpulan dari Malaysia …

Malaysia Gagal ke Pusingan Akhir Piala Asia B-20 Read More »

Arsenal Kembali ke Puncak Liga Perdana Inggeris

LONDON – Arsenal kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas jaringan William Saliba, Gabriel Jesus dan Fabio Vieira memberikan kemenangan 3-0 ke atas Brentford. Kecederaan kapten Martin Odegaard dan Oleksandr Zinchenko memberi peluang kepada pemain 15 tahun, Ethan Nwaneri masuk sebagai pemain gantian dan menjadi pemain termuda dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. Bagaimanapun The Gunners …

Arsenal Kembali ke Puncak Liga Perdana Inggeris Read More »

Son Tamatkan Kemarau Jaringan

LONDON – Son Heung-min berkata dia tidak pernah meragui keupayaannya bagi menamatkan kemarau jaringan apabila bintang Korea Selatan itu membalas dengan meledak hatrik dalam tempoh 13 minit ketika Tottenham menang 6-2 mengatasi Leicester awal pagi tadi. Son masuk dari bangku simpanan untuk meledak tiga gol terakhir Tottenham, termasuk dua gol dari jarak jauh ketika kemenangan …

Son Tamatkan Kemarau Jaringan Read More »

Ganjaran RM1.8 Juta Menanti Kontinjen SUKMA Terengganu

KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu menyediakan insentif kemenangan berjumlah RM1.8 juta untuk kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu sekiranya meraih juara keseluruhan pada temasya kali ini. Berita gembira itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah sebagai motivasi kepada 426 atlet yang sedang bertanding pada temasya Sukma …

Ganjaran RM1.8 Juta Menanti Kontinjen SUKMA Terengganu Read More »

PJ City Ikat JDT

KUALA LUMPUR – Petaling Jaya (PJ) City meraih satu mata berharga selepas berjaya mengikat juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. Keputusan itu juga dilihat merencatkan sedikit pesta JDT di Lembah Klang selepas merangkul kejuaraan Piala FA kedua mereka dengan menewaskan Terengganu FC …

PJ City Ikat JDT Read More »

Real Madrid Kekal Rekod 100 Peratus

MADRID – Jaringan lewat permainan Federico Valverde dan Marco Asensio membolehkan Real Madrid mengekalkan permulaan 100 peratus Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 2-0 ke atas RB Leipzig. Perlawanan hampir berakhir mengecewakan buat juara 14 kali dan juara bertahan itu sehingga Valverde memecah kebuntuan, meneruskan rentak cemerlangnya dengan gol pada minit ke-80 di Santiago Bernabeu. Pemain …

Real Madrid Kekal Rekod 100 Peratus Read More »

Malaysia Belum Sedia Kembali Anjur F1

SINGAPURA – Formula Satu (F1) dijangka tidak akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam masa terdekat, kata ketua eksekutif litar, Azhan Shafriman Hanif. Ia susulan negara masih dalam proses pemulihan ekonomi akibat kesan pandemik COVID-19, tetapi mungkin akan mempertimbangkan untuk kembali menganjurkan perlumbaan itu selepas dua atau tiga tahun, kata Azhan di Singapura. Kali …

Malaysia Belum Sedia Kembali Anjur F1 Read More »

‘Senjata’ Skuad Hoki Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kehadiran tiga tonggak remaja kebangsaan, Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Syarman Mat Tee dan Mohd Abid Suffian Mat Ruslee bakal menjadi ‘senjata’ buat pasukan hoki lelaki Terengganu untuk memburu pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX. Keyakinan itu disuarakan ketua jurulatihnya, Mohd Faizal Ismail yang berkeyakinan kehadiran tiga tonggak itu bakal menjadi …

‘Senjata’ Skuad Hoki Terengganu Read More »