Arena Manis

KDN FC Ikat Pemain Republik Czech

KELANTAN Darul Naim (KDN) FC mengikat pemain Republik Czech, Michal Jerabek bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25. Perkara tersebut disahkan oleh Presidennya, Rozi Muhamad menerusi satu kenyataan media pada Ahad. “Kami memerhati keupayaannya, berdasarkan beberapa faktor termasuk nasihat daripada jurulatih, jadi saya gembira dia memilih untuk bersama KDN FC seterusnya …

KDN FC Ikat Pemain Republik Czech Read More »

The Pocketrocketman Raih Gangsa Di Brisbane

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Kebangaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia hari ini. Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan beliau di suku akhir acara pecut lelaki, semalam. Pingat emas dimenangi pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 Matthew Richardson …

The Pocketrocketman Raih Gangsa Di Brisbane Read More »

EPL: Aston Villa Kukuh Cengkaman Kelompok Empat Pasukan Terbaik

ASTON Villa mengukuhkan cengkaman dalam kedudukan empat pasukan terbaik saingan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-2 ke atas Nottingham Forest. Villa kini mengintai peluang untuk kelayakan Liga Juara-Juara dan kemenangan pertama dalam aksi di laman sendiri untuk tahun 2024 menyaksikan mereka berkelebihan lima mata ke atas Tottenham di tempat kelima. Jaringan Ollie Watkins dan dua …

EPL: Aston Villa Kukuh Cengkaman Kelompok Empat Pasukan Terbaik Read More »

Penghijrahan Ke TFC Keputusan Sendiri – Akhyar Rashid

KUALA NERUS: Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri. Pemain berusia 25 tahun itu berkata beliau perlu membuat keputusan meninggalkan kelab gergasi negara, bagi mendapatkan lebih minit permainan sekali gus meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa. Bagaimanapun Akhyar mengakui keputusan tersebut agak berat, memandangkan …

Penghijrahan Ke TFC Keputusan Sendiri – Akhyar Rashid Read More »

Safawi, Akhyar Perkuatkan Terengganu

PETALING JAYA: Terengganu berjaya mengikat duo pemain sayap Harimau Malaya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025 selepas mengumumkan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid menjadi pemain baharu mereka. Penyertaan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal menambah sengat jentera serangan kerana kedua-dua pemain sayap lincah itu memiliki kekuatan mengelecek, kelajuan dan sentuhan gol. …

Safawi, Akhyar Perkuatkan Terengganu Read More »

Ten Hag Harap Gandingan Hojlund-Rashford Menjadi

MANCHESTER, England: Rasmus Hojlund dan Marcus Rashford mula menunjukkan tanda-tanda gandingan boleh diharap, kata pengurus Manchester United, Erik ten Hag selepas kedua-dua penyerang itu meledak gol ketika seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. Gol awal Hojlund dipadamkan oleh Richarlison sebelum Rodrigo Bentancur menyamakan kedudukan sekali lagi buat Spurs …

Ten Hag Harap Gandingan Hojlund-Rashford Menjadi Read More »

China ‘Tertekan’ Seri Dengan Tajikistan

DOHA: Jurulatih China, Aleksandar Jankovic berkata pemainnya berasa “tertekan” selepas membuka kempen Piala Asia dengan keputusan seri 0-0 menentang Tajikistan yang tampil julung kali lewat malam tadi. Keputusan seri di Doha lebih memalukan negara yang dikejutkan dengan skandal rasuah bola sepak tetapi mereka sepatutnya meraih kemenangan pada lewat perlawanan. Naib juara pada 2004, China gagal …

China ‘Tertekan’ Seri Dengan Tajikistan Read More »

Sancho Kembali Ke Dortmund

MANCHESTER: Pemain Manchester United, Jadon Sancho semakin hampir untuk kembali ke Borussia Dortmund sebagai pemain pinjaman. Sancho, 23, dipinggirkan oleh Erik ten Hag dan dilarang daripada berlatih dengan skuad utama selepas enggan meminta maaf kerana mempersoalkan kenyataan pengendali United itu. Ten Hag pada September lalu mengkritik prestasi Sancho ketika latihan dan kini masa depannya di …

Sancho Kembali Ke Dortmund Read More »