Arena Manis

Barcelona Berjaya Daftarkan Lewandowski

BARCELONA – Barcelona berjaya mendaftarkan Robert Lewandowski, Franck Kessie, Andreas Christensen dan Raphinha semalam, tepat pada masanya untuk perlawanan pembukaan La Liga menentang Rayo Vallecano awal pagi esok. Bagaimanapun pertahanan Perancis, Jules Kounde masih belum didaftarkan dengan La Liga. Barcelona menghabiskan 153 juta euro (RM697.86 juta) dalam jendela perpindahan bagi menguatkan pasukan mereka dengan Lewandowski …

Barcelona Berjaya Daftarkan Lewandowski Read More »

Pemain United Sudah Bosan Dengan Ronaldo

LONDON – Pemain Manchester United dikatakan sudah bosan dengan kelakuan dan sikap Cristiano Ronaldo. Beberapa pemain lebih suka jika penyerang itu meninggalkan kelab berbanding mewujudkan masalah berpanjangan antaranya dan kelab. Wujud kemarahan antara pemain dalam skuad terhadap pendirian dan apa yang dilakukan Ronaldo di kelab itu. Sumber di United memberitahu: “Ia kini mendatangkan rasa tidak …

Pemain United Sudah Bosan Dengan Ronaldo Read More »

Liverpool Mungkin Lepaskan Firmino, Keita

LONDON – Liverpool dikatakan sedang memikirkan untuk menawarkan Roberto Firmino atau Naby Keita kepada Inter Milan dalam usaha mendapatkan Marcelo Brozovic, menurut satu laporan. Skuad kendalian Jurgen Klopp kini kekurangan pemain tengah selepas Thiago Alcantara menjadi pemain terbaharu mengalami kecederaan ketika seri 2-2 menentang Fulham. Alex Oxlade-Chamberlain mengalami kecederaan hamstring pada pramusim manakala Curtis Jones …

Liverpool Mungkin Lepaskan Firmino, Keita Read More »

Red Devils Perlu Menang ‘Lawan’ Ibu Rabiot

LONDON – Manchester United perlu berdepan ‘ibu’ segala perbincangan bagi mendapatkan pemain tengah diidamkan mereka, Adrien Rabiot. Red Devils dikatakan sudah bersetuju dengan Juventus dan bersedia membayar £15 juta (RM80.76 juta) buat bintang Perancis berusia 27 tahun itu. Namun kini masalah paling besar perlu dihadapi mereka — menyelesaikan syarat peribadi dengan ejennya yang garang iaitu …

Red Devils Perlu Menang ‘Lawan’ Ibu Rabiot Read More »

Tujuh Lagi Atlet Sri Lanka Lesap

COLOMBO – 10 ahli kontinjen Sri Lanka di Sukan Komanwel, Birmingham, menghilangkan diri, disyaki cuba untuk terus tinggal di Britain. Sembilan atlet dan seorang pegawai lesap ketika acara masing-masing, kata pegawai kontinjen negara berkenaan yang enggan dikenali. Tiga daripadanya, atlet judo Chamila Dilani, pengurusnya Asela de Silva, dan atlet gusti Shanith Chathuranga – hilang minggu …

Tujuh Lagi Atlet Sri Lanka Lesap Read More »

Ten Hag Mula Nampak Sisi Sebenar Man United

MANCHESTER – Erik ten Hag mengakui tugas sukar menantinya selepas Manchester United memulakan kempen baharu Liga Perdana Inggeris dengan kekalahan 2-1 di tangan Brighton. Pascal Gross meledak dua kali untuk memberikan kemenangan pertama buat Brighton di Old Trafford selepas 113 tahun. Pengendali baharu United, Ten Hag menyalahkan kesilapan sebagai punca kekalahan dan menegaskan masalah pasukan …

Ten Hag Mula Nampak Sisi Sebenar Man United Read More »

Tchetche Azam Tebus Kehampaan

KUALA TERENGGANU – Kenangan pahit ketika ditunjukkan jalan keluar selepas pasukannya, Terengganu FC (TFC) tumpas dengan agregat 5-2 kepada Pahang pada aksi suku akhir Piala FA 2019 masih diingati penyerang, Kipre Tchetche sebelum dia berkelana ke Kedah pada 2020 dan 2021. Musim ini, penyerang kelahiran Ivory Coast kembali menyarung jersi TFC, kehadirannya sudah pasti untuk …

Tchetche Azam Tebus Kehampaan Read More »

Bonnie Kini Juara Sukan Komanwel

BIRMINGHAM – Seperti diramalkan, juara dunia, Bonnie Bunyau Gustin memenangi pingat emas acara powerlifting kategori lightweight pada Sukan Komanwel 2022 di sini, hari ini. Kejayaannya itu sekali gus menambah pingat emas negara kepada empat, hanya kurang dua daripada enam yang disasarkan kontinjen negara. Ia juga menambah koleksi pingat kejuaraan Bonnie yang sebelum ini bergelar juara …

Bonnie Kini Juara Sukan Komanwel Read More »