Thompson-Herah Ungguli 100m Wanita
BIRMINGHAM, United Kingdom – Juara Olimpik, Elaine Thompson-Herah memenangi pingat emas 100 meter Sukan Komanwel pertamanya selepas mengatasi cabaran Daryll Neita. Pelari 30 tahun dari Jamaica itu mencatat 10.95 saat manakala pesaing dari England, Neita di tempat ketiga. Thompson-Herah belum pernah memenangi emas individu di Sukan Komanwel walaupun berjaya mengumpul lima emas di Sukan Olimpik. …