Arena Manis

TSG Idam Podium di Turkiye, Pertahan Kedudukan Jelajah Asia

KUALA LUMPUR – Turkiye seolah-olah satu bumi bertuah buat pasukan berbasikal profesional negara yang kini menghuni ranking nombor satu Jelajah Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG). Apa tidaknya, mereka melakar banyak kejayaan di negara itu sejak tahun lalu dengan sekurang-kurangnya meraih enam kejuaraan pada perlumbaan bertaraf Grand Prix selain beberapa lagi catatan podium. Tidak hairan …

TSG Idam Podium di Turkiye, Pertahan Kedudukan Jelajah Asia Read More »

Fernandes Minta United Hormati Keputusan Ronaldo

LONDON – Bruno Fernandes berkata Manchester United mesti menghormati keputusan Cristiano Ronaldo jika dia mahu meninggalkan kelab itu. Fernandes ada menghubungi rakan senegaranya itu sejak dia menarik diri daripada jelajah pramusim atas alasan masalah keluarga. Ronaldo mahu keluar tetapi masih tiada tawaran daripada kelab yang dia percaya boleh membawanya bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan. …

Fernandes Minta United Hormati Keputusan Ronaldo Read More »

Pemergian Kok Chi Satu Kehilangan Besar – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi sebagai satu kehilangan besar kepada badan induk itu dan dunia sukan tanah air. Mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Kok Chi, Perdana Menteri berkata kerajaan amat menghargai segala khidmat bakti, jasa dan sumbangan …

Pemergian Kok Chi Satu Kehilangan Besar – PM Read More »

SUKMA 20: Kontinjen Terengganu Yakin Kekalkan Kejuaraan

KUALA NERUS – Kontinjen Terengganu berkeyakinan mampu bagi mengekalkan status juara Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur September ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, atlet-atlet Terengganu kini berada di landasan yang betul dalam mempertahankan kejuraan berkenaan. “Seramai 800 orang atlet …

SUKMA 20: Kontinjen Terengganu Yakin Kekalkan Kejuaraan Read More »

Ronaldo Nafi Spekulasi Ke Sporting Lisbon

MANCHESTER – Bintang Manchester United Cristiano Ronaldo menyangkal dakwaan yang dia akan kembali ke kelab lamanya Sporting Lisbon. Penyerang Portugal itu mencetus spekulasi berkenaan masa depannya apabila dia menghantar permohonan perpindahan keluar dari Old Trafford awal bulan ini. Peminat kelab zaman remajanya, Sporting – di mana United kali pertama menandatanganinya pada tahun 2003 – teruja …

Ronaldo Nafi Spekulasi Ke Sporting Lisbon Read More »

Ajax Setuju Lepas Martinez Ke Old Trafford

MANCHESTER – Pertahanan Argentina Lisandro Martinez bakal menjadi pemain ketiga ditandatangani Manchester United pada jendela perpindahan kali ini. United mencapai persetujuan dengan Ajax semalam dengan kelab Belanda itu mengesahkan kelab Inggeris berkenaan akan membayar 57 juta euro (RM255.9 juta) serta tambahan 10 juta euro (RM44.9 juta) berdasarkan persembahan dan bonus. “Manchester United dengan sukacita mengumumkan, …

Ajax Setuju Lepas Martinez Ke Old Trafford Read More »

Pearly-Thinaah Sasar Emas Sukan Komanwel

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah optimis mampu mengekalkan dominasi Malaysia dalam acara itu dengan menyumbangkan emas apabila membuat penampilan sulung di Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang bermula dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini. Thinaah, 24, berkata kejayaan menewaskan beregu nombor dua dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota di pusingan kedua …

Pearly-Thinaah Sasar Emas Sukan Komanwel Read More »

Stadium Shah Alam Berwajah Baharu Menjelang 2026

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor melantik Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) untuk melaksanakan pembangunan baharu Stadium Shah Alam dan fasilti sukan sekitarnya dengan kos ditetapkan sekitar RM787 juta. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari,  berkata  kerajaan negeri hari ini menyerahkan surat niat (LOI) kepada MRCB  selepas melalui proses yang panjang dan teliti bermula 2013 …

Stadium Shah Alam Berwajah Baharu Menjelang 2026 Read More »