Arena Manis

Faizal Diketepi Kerana Kecederaan, Gout

KUALA LUMPUR: Keputusan mengetepikan penyerang, Faizal Saari daripada skuad hoki lelaki kebangsaan bagi mengharungi kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Muscat, Oman dibuat disebabkan kecederaan membelenggu pemain itu termasuklah masalah gout. Ketua jurulatih negara, Arul Selvaraj, berkata dia tidak boleh mengambil risiko dengan menyenaraikan Faizal berdasarkan situasi yang dialami pemain berusia 32 tahun itu. …

Faizal Diketepi Kerana Kecederaan, Gout Read More »

TFC Rahsiakan Jawapan FAM

KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd sudah mendapat jawapan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung surat bantahan mengenai mutu pengadilan aksi final Piala Malaysia 2023. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Sabri Abas berkata, jawapan surat bantahan itu diterima pihaknya pada minggu terakhir bulan lalu selepas Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT). Jelas Mohd …

TFC Rahsiakan Jawapan FAM Read More »

Piala Asia Bulan Januari Tak Bagus Buat Pemain – Tomiyasu

LONDON: Piala Asia patut diadakan kembali pada bulan Jun dan dimainkan ketika slot sama dengan Euro, kata pertahanan Arsenal dan Jepun, Takehiro Tomiyasu menjelang kejohanan sebenua di Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari ini. Tiga edisi terakhir kejohanan itu diadakan pada Januari dan Februari, membuka peluang kepada tuan rumah dari negara Timur Tengah yang …

Piala Asia Bulan Januari Tak Bagus Buat Pemain – Tomiyasu Read More »

Tunggakan Gaji Kelantan United Selesai

KOTA BHARU: Kelantan United FC (KUFC) memaklumkan isu tunggakan gaji yang melanda pasukan itu sejak Ogos lalu sudah diselesaikan dengan situasi menang-menang antara pihak pengurusan kelab, pegawai, kejurulatihan dan barisan pemain. Ketua Pegawai Eksekutif KUFC, Wan Zul Ikmal Wan Abdul Aziz berkata pihaknya sebelum ini mengeluarkan satu memo berhubung jadual pembayaran gaji dan dipersetujui oleh …

Tunggakan Gaji Kelantan United Selesai Read More »

Sri Pahang Umum Lepaskan 10 Pemain

KUANTAN: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengumumkan 10 pemain musim ini tidak lagi menyarung jersi skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Mereka adalah empat pemain import, Kevin Ingreso dari Filipina, Michael Glassock (Australia), Lucas Silva (Brazil) dan Sherzod Fayziev (Uzbekistan). Enam pemain tempatan yang tidak lagi bersama Sri Pahang ialah …

Sri Pahang Umum Lepaskan 10 Pemain Read More »

Hojlund Akhiri Kemarau Jaringan Liga

MANCHESTER: Rasmus Hojlund melengkapkan kebangkitan Manchester United yang ketinggalan dua gol sebelum menewaskan Aston Villa 3-2. Penyerang Denmark itu meledak gol Liga Perdana Inggeris pertamanya untuk kemenangan United di Old Trafford. Skuad kendalian Erik ten Hag di ambang satu lagi kekalahan selepas John McGinn dan Leander Dendoncker meletakkan Villa di depan sebelum rehat. United dicemuh …

Hojlund Akhiri Kemarau Jaringan Liga Read More »

Garrido Belum Puas Hati Aksi Harimau Malaya B-23

KUALA LUMPUR: Sekalipun ‘merobohkan’ Tembok Besar China dengan kemenangan 1-0 pada aksi pertama di Shanghai semalam, pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Juan Torres Garrido menuntut lebih lagi daripada anak buahnya. Jaringan minit akhir Harith Haiqal Adam Afkar membolehkan Harimau Malaya B-23 mengejutkan skuad China B-23 sekali gus menjadi bekalan terbaik menjelang aksi kedua …

Garrido Belum Puas Hati Aksi Harimau Malaya B-23 Read More »

Hanya Tukhtasinov, Mamut Dikekalkan

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) membayangkan hanya mengekalkan dua daripada sembilan pemain importnya musim ini dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, setakat ini dua pemain import yang berada dalam senarai pasukannya iaitu pemain tengah, Nurillo Tukhtasinov dan penyerang, Ivan …

Hanya Tukhtasinov, Mamut Dikekalkan Read More »

Safawi Bantu Kuatkan TFC Musim Depan – Steinbruckner

KUALA NERUS: Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dijangka kembali beraksi bersama Terengganu FC (TFC) untuk memperkuatkan pasukan itu musim depan. Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, rundingan pinjaman melibatkan pemain kelahiran Dungun berusia 26 tahun itu kini hampir selesai. “Saya tahu beberapa pemain akan kembali seperti Safawi… daripada JDT (Johor Darul Ta’zim) sebagai …

Safawi Bantu Kuatkan TFC Musim Depan – Steinbruckner Read More »