Kelantan

Letupan bom di Golok: Polis nasihat elak berkunjung ke selatan Thailand

KOTA BHARU – Polis Kelantan menasihatkan penduduk di negeri ini yang tidak mempunyai urusan penting supaya mengelakkan diri daripada berkunjung ke selatan Thailand buat sementara waktu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia susulan insiden letupan bom dan berbalas-balas tembakan yang berlaku di Pekan Golok, Thailand pada malam Sabtu. “Saya tidak boleh halang …

Letupan bom di Golok: Polis nasihat elak berkunjung ke selatan Thailand Read More »

PGA Gagalkan Cubaan Seludup Hampir 88,000 Kelapa Di Tumpat

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lepas. Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan hari ini berkata, lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun …

PGA Gagalkan Cubaan Seludup Hampir 88,000 Kelapa Di Tumpat Read More »

Dua Lelaki Gagal Seludup Lebih 900 Liter Petrol Ke Thailand

TUMPAT – Cubaan dua lelaki menyeludup lebih 900 liter petrol bernilai RM3,029.50 ke Thailand gagal selepas kereta dinaiki mereka ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di Chabang Empat di sini pada Isnin. Tangkapan dan rampasan itu dilakukan pada jam 6 petang selepas PGA mengesan sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan menerusi …

Dua Lelaki Gagal Seludup Lebih 900 Liter Petrol Ke Thailand Read More »

‘Semua Lenyap Sekelip Mata’

PASIR PUTEH – Seorang pengusaha pusat latihan komputer tergamam apabila melihat rumah kedai miliknya terbakar dalam kejadian kira-kira 6.20 petang di Kampung Alor Pasir di sini pada Ahad. Muhammad Firdaus Mustapha, 42, berkata, dia tidak sempat untuk menyelamatkan semua barangan miliknya kerana api marak dengan begitu cepat. Menurutnya, ketika kejadian dia bersama isteri dan empat …

‘Semua Lenyap Sekelip Mata’ Read More »

Rentas Sempadan Guna Laluan Haram: Tiga Rakyat Malaysia Didenda

PASIR MAS: Mahkamah Majistret di sini hari ini mendenda tiga warga tempatan RM4,000 setiap seorang, selepas mereka mengaku bersalah memasuki Malaysia dari Thailand melalui laluan haram pada 3 Jan lepas. Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani juga memerintahkan Lim Wu Han, 34, serta pasangan suami isteri Rajmidi Sahli, 50, dan Nursyuhada Abdullah, 29, dipenjarakan sebulan, …

Rentas Sempadan Guna Laluan Haram: Tiga Rakyat Malaysia Didenda Read More »

Runtuhan Di Tebing Sungai Kelantan: Bomba Lakukan Pemantauan Secara Berkala

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan membuat rondaan secara berkala untuk memantau pergerakan tanah di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama, di sini yang runtuh semalam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kelantan Mohd Wildan Azhari berkata pemantauan itu dilaksanakan sebagai langkah berwaspada sekiranya terdapat …

Runtuhan Di Tebing Sungai Kelantan: Bomba Lakukan Pemantauan Secara Berkala Read More »

Juruteknik Elektrik Maut Terlanggar Belakang Kereta

KOTA BHARU – Seorang juruteknik elektrik disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah selepas terbabit kemalangan di Lebuh Raya Timur-Barat, Kampung Air Asahan, Tanah Merah pada Rabu. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, mangsa yang berusia 23 tahun cedera parah di bahagian kepala selepas terlanggar sebuah kereta kira-kira …

Juruteknik Elektrik Maut Terlanggar Belakang Kereta Read More »

Mangsa Banjir Di Tumpat, Pasir Puteh Meningkat

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah di Kelantan dilaporkan menurun berikutan hujan berkurangan pada Sabtu dan Ahad. Bagaimanapun jumlah mangsa yang berpindah di PPS di daerah Tumpat dan Pasir Puteh masih meningkat. Mangsa banjir di Tumpat dilaporkan seramai 18,791 berbanding 17,713 orang pada waktu sama dengan 39 masih PPS dibuka. Sementara itu, …

Mangsa Banjir Di Tumpat, Pasir Puteh Meningkat Read More »

37 Guru Naik Lori Hantar Kertas Soalan SPM

KOTA BHARU – Seramai 37 guru yang bertugas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menaiki lori muatan lima tan untuk mengambil kertas soalan Ujian Bertutur di Bilik Kebal SMK Tumpat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Nazah Nafi berkata, tiga anggota Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Tumpat ditugaskan membantu membawa guru terbabit bagi …

37 Guru Naik Lori Hantar Kertas Soalan SPM Read More »