Kelantan

Kerajaan Kelantan umum sumbangan RM100,000 kepada Palestin

KOTA BHARU, 13 Mei  — Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan sumbangan berjumlah RM100,000 melalui Tabung Serambi Mekah sebagai tanda kebersamaan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada kebejatan Zionis. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata sumbangan tersebut akan disampaikan secara terus kepada rakyat Palestin yang sangat memerlukan bantuan kewangan pada masa ini. Beliau berkata perlakuan rejim Zionis …

Kerajaan Kelantan umum sumbangan RM100,000 kepada Palestin Read More »

Tidak boleh ‘walk in’ ganti individu gagal hadir terima suntikan vaksin – Dr Zaini

KOTA BHARU, 12 Mei — Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjelaskan kekecohan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Guchil, Kuala Krai semalam adalah disebabkan ada individu yang berhimpun bagi mendapatkan giliran suntikan vaksin, bagi menggantikan individu yang tidak hadir. Pengarah JKNK Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata, orang ramai yang hadir itu …

Tidak boleh ‘walk in’ ganti individu gagal hadir terima suntikan vaksin – Dr Zaini Read More »

Kes denggi di Kelantan menurun lebih 90 peratus

KOTA BHARU, 12 Mei — Kumulatif kes denggi di Kelantan menunjukkan penurunan sebanyak 93.8 peratus iaitu 92 kes sejak Januari hingga kini, berbanding 1,483 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata malah, tiada kes kematian akibat denggi dicatatkan dalam tempoh yang sama bagi tahun ini dan …

Kes denggi di Kelantan menurun lebih 90 peratus Read More »

Usia 92 tahun masih gigih siapkan tempahan baju raya

KOTA BHARU – Usianya sudah mencecah 92 tahun, namun Che Hamat Che Pa tetap bersemangat menyiapkan tempahan baju raya pelanggannya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Mesra dipanggil Ayahmat, pengusaha kedai jahit Harison Style itu mengakui dia berasa seakan tidak lengkap sekiranya tidak bersama ‘jarum dan benang’ dalam kehidupan sehariannya. Malah, kata Che …

Usia 92 tahun masih gigih siapkan tempahan baju raya Read More »

Pelajar, kakitangan UiTM Kelantan sertai tadarus al-Quran

MACHANG – Seramai 1,200 pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan menyertai tadarus al-Quran sejak awal Ramadan hingga minggu lalu. Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya Dr Zulkifli Mohammed berkata, dalam keadaan kawalan pandemik Covid-19, program tadarus tersebut dijalankan secara dalam talian menggunakan tiga aplikasi utama iaitu Google Meet, Webex dan YouTube. “Kebanyakan …

Pelajar, kakitangan UiTM Kelantan sertai tadarus al-Quran Read More »

Tok Imam buat duit dengan ‘daun getah’

MACHANG – Keputusan Mohd Nadzri Mat Daud, 62, memulakan perniagaan tapai pulut untuk membantu ekonomi keluarganya yang kurang stabil kira-kira 27 tahun lalu, ternyata tidak sia-sia apabila juadah itu kini menjadi sumber pendapatan utamanya. Imam Masjid Mukim Laha, Pulai Chondong, Mohd Nadzri mendapat ilham untuk terjun ke dalam perusahaan tersebut selepas melalui satu kawasan hutan …

Tok Imam buat duit dengan ‘daun getah’ Read More »

Dua hari, 1,426 kenderaan cuba nasib masuk Kelantan

KOTA BHARU – Walaupun tidak dibenarkan merentas negeri, namun jumlah kenderaan yang cuba memasuki negeri ini bertambah dengan nilai keseluruhan sebanyak 1,426 buah. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, jumlah kenderaan yang diarah patah balik pada Ahad ialah 1,060 buah dan jumlah tersebut bertambah 366 buah sehingga pagi Isnin. “Mereka didapati mencuba nasib dan …

Dua hari, 1,426 kenderaan cuba nasib masuk Kelantan Read More »

Katil klinikal di PKRC Gelanggang Seni ditambah

KOTA BHARU, 9 Mei – Jumlah katil klinikal untuk menampung pesakit kategori satu dan dua, yang berisiko mendapat komplikasi awal COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Gelanggang Seni di sini, akan ditambah bagi menampung keperluan semasa. Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob berkata, pusat kuarantin yang kelapan di negeri itu pada awalnya hanya akan …

Katil klinikal di PKRC Gelanggang Seni ditambah Read More »

Jambatan Sultan Yahya Petra sesak teruk

KOTA BHARU – Kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer di atas Jambatan Sultan Yahya Petra dari arah Pasir Pekan, Tumpat menghala ke Kota Bharu pada Ahad difahamkan berpunca daripada penutupan laluan bertingkat di atas jambatan selain sekatan jalan raya (SJR) di pintu masuk ke Kota Bharu. Lebih teruk, penutupan Jambatan Sultan Ismail Petra di Tendong, …

Jambatan Sultan Yahya Petra sesak teruk Read More »

500 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah patah balik

PASIR MAS – Sebanyak 500 buah kenderaan yang cuba memasuki negeri ini diarah berpatah balik oleh polis Kelantan pada Sabtu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tindakan itu kerana individu terlibat bukan sahaja tidak memiliki dokumen sah, malah memberikan alasan yang tidak munasabah. “Kita juga menemui taktik baharu yang digunakan oleh pengguna jalan raya …

500 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah patah balik Read More »