Kelantan

PKPD Mukim Bunut Susu: Ahli Parlimen jamin bantuan makanan cukup

PASIR MAS – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memberi jaminan bantuan kepada penduduk khususnya B-40 yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga buah kampung di Mukim Bunut Susu, di sini, bermula Ahad hingga 22 Mei ini mencukupi. Ahmad Fadhli berkata, sebagai permulaan sebanyak 80 pek bantuan makanan telah diagihkan kepada …

PKPD Mukim Bunut Susu: Ahli Parlimen jamin bantuan makanan cukup Read More »

Rakyat patuhlah SOP, jangan degil!

KOTA BHARU – Rakyat negeri ini diminta terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya melibatkan urusan seperti akad nikah dan sebagainya. Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, ini kerana pihaknya bimbang kegagalan mematuhi SOP di majlis berkenaan boleh mendatangkan kemudaratan …

Rakyat patuhlah SOP, jangan degil! Read More »

Kerajaan Kelantan larang gerai, penjaja tepi jalan beroperasi mulai esok

KOTA BHARU, 8 Mei – Bermula esok, semua gerai dan aktiviti penjaja di tepi jalan termasuk penjaja beredar di Kelantan dilarang beroperasi bagi mengelakkan perkumpulan orang ramai yang merupakan penyebab utama penularan wabak COVID-19 di negeri itu. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam kenyataan hari ini memaklumkan situasi semasa COVID-19 di Kelantan kini menunjukkan kadar …

Kerajaan Kelantan larang gerai, penjaja tepi jalan beroperasi mulai esok Read More »

1,282 pelajar UMK pulang beraya

BACHOK – Seramai 1,282 orang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dibenarkan untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing bersama keluarga tercinta selepas dibenarkan oleh kerajaan meskipun aktiviti rentas negeri masih dibekukan ketika ini susulan peningkatan kes Covid-19. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Profesor Dr Razli Che Razak berkata, proses kepulangan pelajar …

1,282 pelajar UMK pulang beraya Read More »

Sanitasi hotel setiap jam, beri jaminan keselamatan penularan Covid-19

KOTA BHARU – Bagi memastikan kebersihan hotel terjamin, beberapa hotel utama yang sering dikunjungi orang ramai di negeri ini mengambil pendekatan melakukan proses sanitasi setiap masa bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal sebaik mungkin. Walaupun berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun rata-rata hotel di sini masih menerima pelanggan tetap yang terdiri daripada agensi-agensi pengeluar …

Sanitasi hotel setiap jam, beri jaminan keselamatan penularan Covid-19 Read More »

PKRC Gelanggang Seni dilengkapi ciri khas rawat pesakit COVID-19

KOTA BHARU, 7 Mei  – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Khas Gelanggang Seni di sini yang bakal dibuka tiga hari lagi dilengkapi dengan ciri-ciri khas seperti katil klinikal, cardiac monitor dan bekalan oksigen mudah alih sekali gus merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini. Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob berkata PKRC yang kelapan di negeri itu, boleh menempatkan 130 pesakit …

PKRC Gelanggang Seni dilengkapi ciri khas rawat pesakit COVID-19 Read More »

Covid 19: Kelantan ambil kakitangan kesihatan kontrak

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan terpaksa mengambil kakitangan kesihatan kontrak dalam usaha melawan pandemik Covid-19 di negeri ini. Perkara tersebut disahkan oleh Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin selepas Mesyuarat Penyelarasan Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Kota Darulnaim di sini pada Khamis. “Pengambilan kakitangan kesihatan itu bagi menampung …

Covid 19: Kelantan ambil kakitangan kesihatan kontrak Read More »

Kerajaan Kelantan peruntuk RM3 juta bantu golongan asnaf terkesan PKP

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM3 juta bagi membantu golongan asnaf yang terkesan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak Covid-19 di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, peruntukan itu termasuk bantuan ibu tunggal dan anak-anak yatim melibatkan 45 kawasan Dewan Undangan Negeri …

Kerajaan Kelantan peruntuk RM3 juta bantu golongan asnaf terkesan PKP Read More »

Wan Samihat pembuat kuih tradisi tunggal di Gua Musang

GUA MUSANG: Kemunculan aneka kuih moden dengan rupa bentuk menarik gagal menenggelamkan populariti kuih tradisi istana Kelantan seperti buah tanjung, jala mas dan puding raja air tangan Wan Samihat Wan Ahmad. Ramadan kali ini, Wan Samihat, 61, yang mencari rezeki dengan membuat kuih tradisi tersebut sejak kira-kira 30 tahun lalu, masih ligat di dapur setiap …

Wan Samihat pembuat kuih tradisi tunggal di Gua Musang Read More »

MYHAR jamu 120 asnaf berbuka sepanjang Ramadan

BACHOK: Kesusahan dilalui penduduk yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu, mencetuskan ilham buat pengurusan Masjid Haji Yusoff Ar Rowi (MYHAR) di sini, menyediakan hidangan berbuka untuk mereka yang memerlukan sepanjang Ramadan ini. Inisiatif berkenaan diharap dapat meringankan beban penduduk apabila Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terutama mereka dalam kalangan miskin dan anak …

MYHAR jamu 120 asnaf berbuka sepanjang Ramadan Read More »