Kelantan

PKP: Tiada pembelian panik di pasar di Kelantan

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah di negeri ini yang bermula Jumaat tidak menjejaskan perniagaan di pasar-pasar utama di negeri ini dan keadaan juga terkawal. Tiada pembelian panik malah barangan kering masih banyak dan mencukupi sepanjang Ramadan. Tinjauan Sinar Harian di Pasar Berek 12 pada Khamis mendapati suasana masih seperti biasa …

PKP: Tiada pembelian panik di pasar di Kelantan Read More »

Tujuh jajahan di Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 29 April

KUALA LUMPUR – Tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 hingga 29 April ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di Kelantan dalam tempoh 14 …

Tujuh jajahan di Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 29 April Read More »

Pejabat MAIK ditutup untuk sanitasi

KOTA BHARU – Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Darul Aitam dan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK di sini ditutup pada Khamis. MAIK menerusi kenyataan dalam Facebook rasmi berkata, penutupan operasi sehari itu adalah untuk urusan sanitasi penuh. “Ditutup selama satu hari bermula 15 April …

Pejabat MAIK ditutup untuk sanitasi Read More »

Tiga pelajar SMK Kubang Kerian cipta aplikasi kitar semula

KOTA BHARU – Bagi memudahkan orang ramai mengitar semula sampah yang tidak digunakan, satu aplikasi khas dicipta tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian di sini yang diberi nama ‘Recybin Apps’. Aplikasi dicipta khas melalui pertandingan anjuran ‘Toyota Eco Youth 2020/2021 Reimagining Mobility’ itu memberi satu inovasi baharu kepada industri tersebut dalam konsep menjaga …

Tiga pelajar SMK Kubang Kerian cipta aplikasi kitar semula Read More »

Odajer.com tawar 10,000 slot niaga secara percuma bernilai lebih RM20 juta

KOTA BHARU – Prihatin dengan nasib peniaga yang terkesan dengan pembatalan bazar Ramadan di negeri ini, laman sesawang Odajer.com tampil menawarkan 10,000 slot niaga secara percuma bernilai lebih RM20 juta. Pengasas Odajer.com Muhammad Amar Mirza Ab Kadir Jailani, 27, berkata sebelum ini setiap peniaga yang berdaftar menerusi laman sesawang berkenaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM2,497 bagi …

Odajer.com tawar 10,000 slot niaga secara percuma bernilai lebih RM20 juta Read More »

Batal bazar Ramadan: Kelantan beri saguhati kepada peniaga terjejas

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta sebagai saguhati kepada 2,500 peniaga yang terkesan akibat pembatalan bazar Ramadan di negeri ini. Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, seramai 2,500 peniaga yang berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri akan menerima manfaat tersebut dalam waktu terdekat. …

Batal bazar Ramadan: Kelantan beri saguhati kepada peniaga terjejas Read More »

100 katil pesakit di Madinah Ramadan: Dr Zaini

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan negeri Kelantan menempatkan 100 katil pesakit di khemah Madinah Ramadan yang ditukarkan menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 berisiko rendah (PKRC) di Dataran Warisan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini. Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, persediaan PKRC kelima itu wajar berikutan Kelantan menunjukkan trend kadar …

100 katil pesakit di Madinah Ramadan: Dr Zaini Read More »

MAIK lantik pegawai penjarakan fizikal

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menjadi institusi pertama mengambil inisiatif melantik Pegawai Penjarakan Fizikal sebagai duta di Pejabat MAIK bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di tempat kerja. Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, lantikan yang terdiri …

MAIK lantik pegawai penjarakan fizikal Read More »

Kerajaan Kelantan mohon maaf batal bazar Ramadan

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan secara terbuka memohon maaf kepada seluruh peniaga susulan membatalkan bazar Ramadan secara ‘mengejut’ yang berkuatkuasa serta-merta. Permohonan maaf itu disampaikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin dalam sidang akhbar yang berlangsung di pejabatnya pada Ahad. “Dengan penuh rasa dukacita…saya memohon kemaafan daripada masyarakat dan rakyat …

Kerajaan Kelantan mohon maaf batal bazar Ramadan Read More »

Kerajaan Kelantan nafi laksanakan PKP 14 April ini

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menafikan pihaknya akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu bermula pada 14 April ini seperti ditularkan di media sosial. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan perkara tersebut. “Buat masa ini…pada tarikh hari ini, dengan mesyuarat (jawatankuasa …

Kerajaan Kelantan nafi laksanakan PKP 14 April ini Read More »