Kelantan

Lalat BSF sumber alternatif makanan ayam, ikan

BACHOK – Menternak lalat mungkin sesuatu yang pelik dalam masyarakat, namun dalam bidang akuakultur, lalat askar hitam atau larva Black Soldier Fly (BSF) boleh menjadi sumber alternatif bagi makanan ternakan ayam dan ikan. Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Sosial Universiti Malaya (UM) dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Dr Norhidayah Mohd Taufek berkata, berdasarkan kajian …

Lalat BSF sumber alternatif makanan ayam, ikan Read More »

Kelantan mungkin wajibkan vaksin kepada semua rakyat

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan tidak menolak kemungkinan akan mewajibkan semua rakyat negeri ini untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Hussin berkata, langkah tersebut amat penting bagi memastikan rantaian pandemik Covid-19 dapat diputuskan. Beliau berkata, ketika ini rakyat di negeri ini bagaikan tidak endah dengan …

Kelantan mungkin wajibkan vaksin kepada semua rakyat Read More »

Kadar zakat fitrah Kelantan RM7

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah untuk negeri ini adalah sebanyak RM7. Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun mana-mana individu yang ingin membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan adalah digalakkan. “Kadar nisab …

Kadar zakat fitrah Kelantan RM7 Read More »

AADK Kelantan buat ujian saringan air kencing di sekolah

PASIR PUTEH – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar sekolah menengah di negeri itu bermula bulan ini bagi membendung penglibatan pelajar dalam pengambilan dadah. Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, program itu akan dilaksanakan di semua sekolah menengah di negeri tersebut dan pelajar yang didapati positif akan …

AADK Kelantan buat ujian saringan air kencing di sekolah Read More »

YPM salur RM172,000 kepada kerajaan Kelantan bantu 2,820 pelajar

KOTA BHARU, 7 April – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan sebanyak RM172,000 kepada kerajaan Kelantan untuk membantu perbelanjaan persekolahan seramai 2,820 pelajar menengah dan rendah di seluruh negeri ini. Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr Mohd Nizar Sudin berkata sumbangan menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pendidikan YPM itu meliputi bantuan Program Back To School YPM dan …

YPM salur RM172,000 kepada kerajaan Kelantan bantu 2,820 pelajar Read More »

Projek ternakan ayam bakal ubah nasib bapa OKU

BACHOK – Seorang bapa kudung kedua-dua kaki akibat digilis kereta api antara sembilan orang kurang upaya (OKU) yang dibela nasib oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi projek ternakan ayam kampung kacuk ayam daging di Kampung Aur Telong di sini. Peserta bertuah itu, Sulaiman Setapa, 61, berdaftar dengan Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya (PROKA) menyertai projek …

Projek ternakan ayam bakal ubah nasib bapa OKU Read More »

Kelantan United akur kehebatan Kelantan FC

KELANTAN United tersungkur di laman sendiri apabila tewas 0-2 kepada Kelantan FC dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu di sini sebentar tadi. Pada perlawanan itu, penyerang import Kelantan FC, Jack Hindle meletakkan The Red Warriors (TRW) di hadapan seawal minit ke-15 menerusi sepakan penalti yang menewaskan penjaga gawang tuan rumah, …

Kelantan United akur kehebatan Kelantan FC Read More »

APM Kelantan bantu 9,392 penduduk luar bandar daftar program vaksinasi COVID

KOTA BHARU, 6 April — Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan membantu 9,392 orang penduduk luar bandar di negeri ini mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sejak 20 Mac lepas sehingga semalam. Pengarah APM Kelantan Zainuddin Hussin berkata kebanyakan individu yang dibantu untuk mendaftar melalui projek Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) itu adalah golongan warga emas, …

APM Kelantan bantu 9,392 penduduk luar bandar daftar program vaksinasi COVID Read More »

Pelajar di hulu Kelantan diharap manfaatkan myRail 5

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berharap pelajar di hulu Kelantan yang menggunakan perkhidmatan kereta api supaya memanfaatkan myRail 5, yang diperuntukkan kerajaan. myRail 5 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 Disember lalu ialah pas bulanan kereta api kepada pelajar dan pemegang kad orang kurang upaya (OKU). Menerusi pas berkenaan, pelajar dan pemegang kad OKU hanya perlu …

Pelajar di hulu Kelantan diharap manfaatkan myRail 5 Read More »