Kelantan

Mekanik Maut Terkena Renjatan Elektrik

PASIR PUTEH – Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas terpegang jeriji besi pintu rumahnya yang ditenggelami banjir di Kampung Banir Belikong, Selising di sini, pada Rabu. Mangsa, Tuan Mohd Zakaria Tuan Ismail, 35, yang merupakan seorang mekanik meninggal dunia di lokasi semasa kejadian kira-kira jam 4.30 pagi. Adik ipar, Siti Nur Aziana …

Mekanik Maut Terkena Renjatan Elektrik Read More »

Gempur Lorong Tikus Di Sungai Golok, Banteras Seludup Dadah – Bukit Aman

SHAH ALAM – Lorong tikus serta laluan yang dikenal pasti digunakan sindiket penyeludupan dadah di negara ini berdekatan Sungai Golok akan dibanteras sepenuhnya bagi memerangi jenayah berkenaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, seluruh elemen akan digerakkan bagi memastikan jenayah penyeludupan dadah ini dapat ditangani dengan berkesan. Beliau …

Gempur Lorong Tikus Di Sungai Golok, Banteras Seludup Dadah – Bukit Aman Read More »

Kelantan Nafi Terima Peruntukan RM20 Juta Untuk Pam Mudah Alih KADA

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menafikan pihaknya menerima peruntukan RM20 juta untuk mereka bentuk, membina dan menyiapkan pam mudah alih di Kemubu dan di Lemal sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kesemua peruntukan itu disalurkan …

Kelantan Nafi Terima Peruntukan RM20 Juta Untuk Pam Mudah Alih KADA Read More »

Dua Penyeludup Lari Tinggalkan 2,000kg Beras Di Tepi Jalan

KOTA BHARU – Dua penyeludup bertindak melarikan diri dan meninggalkan 2,000 kilogram (kg) beras yang dipercayai diseludup dari Thailand di tepi jalan di dua lokasi berasingan di sini dan Pasir Mas pada Sabtu. Komander Briged Tenggara, Senior Assisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) …

Dua Penyeludup Lari Tinggalkan 2,000kg Beras Di Tepi Jalan Read More »

Kerajaan Kelantan Ambil Serius Ramalan Metmalaysia

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan memandang serius ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa negeri itu dijangka menerima hujan lebat bermula November 2024 hingga Februari 2025. Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kesemua fasiliti kini berada dalam keadaan siap sedia membabitkan kenderaan, jentera, bot, khemah kubik, genset dan peralatan-lain berada dalam keadaan siap sedia untuk …

Kerajaan Kelantan Ambil Serius Ramalan Metmalaysia Read More »

Rakyat Kelantan Perlu Berwaspada, Siap Sedia Hadapi Musim Tengkujuh – Sultan

KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah agar rakyat sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda. Baginda bertitah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, risiko untuk berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu adalah tinggi. “Beta menyeru agar semua rakyat peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh …

Rakyat Kelantan Perlu Berwaspada, Siap Sedia Hadapi Musim Tengkujuh – Sultan Read More »

GISBH: Jabatan Mufti Kelantan Belum Putuskan Fatwa

KOTA BHARU – Jabatan Mufti Negeri Kelantan belum memutuskan sebarang fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran yang diikuti oleh GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya masih mengumpul bukti serta elemen baharu yang boleh mensabitkan bahawa GISBH merupakan kumpulan ajaran sesat. Beliau memberitahu, pihaknya juga akan membincangkan mengenai GISB dalam …

GISBH: Jabatan Mufti Kelantan Belum Putuskan Fatwa Read More »

Bahan Bacaan Al-Arqam Ditemui Di Rumah Amal, Sekolah Milik GISB di Kelantan

KOTA BHARU: Polis Kelantan menemukan pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al Arqam dalam serbuan di sebuah rumah amal dan sekolah milik GISB Holdings di Gong Kulim pada Selasa. Polis Kelantan telah menjalankan serbuan di sebuah rumah amal dan sekolah milik GISB Holdings di Gong Kulim, di mana mereka menemukan pelbagai buku berkaitan Aurad …

Bahan Bacaan Al-Arqam Ditemui Di Rumah Amal, Sekolah Milik GISB di Kelantan Read More »

Tapir Diselamatkan Selepas Tersesat Sejauh 30 Km

RANTAU PANJANG: Tapir yang diselamatkan PERHILITAN Kelantan selepas terjatuh dalam longkang di Kampung Padang Bukit, Lubok Stol, di sini, kelmarin, dipercayai tersesat sejauh 30 kilometer dari Hutan Simpan Jedok. Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohamad Hafid Rohani, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 1 tengah hari, sebelum anggota PERHILITAN daerah Kota Bharu terus …

Tapir Diselamatkan Selepas Tersesat Sejauh 30 Km Read More »

Kelantan Rancang Pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang Ke Lokasi Lain – Exco

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merancang untuk memindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, setakat ini perkara tersebut masih di peringkat kajian berikutan kawasan berkenaan berdekatan dengan penduduk sekitar. “Rancangan kita …

Kelantan Rancang Pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang Ke Lokasi Lain – Exco Read More »