Kelantan

Penduduk Tertekan Gara-Gara Tutup Jalan Di Gua Musang

GUA MUSANG: Rutin harian lebih 5,000 penduduk di beberapa penempatan berhampiran kawasan Projek Lingkaran TengahUtama (LTU), dekat sini berubah sepenuhnya sejak seminggu lalu susulan penutupan jalan bagi memberi laluan pemasangan cerucuk jambatan. Tinjauan daripada Utusan Malaysia mendapati, penduduk ‘tertekan’ dengan situasi itu kerana terpaksa menempuh kesesakan jalan raya terutama menghantar anak ke sekolah dan ke tempat kerja pada …

Penduduk Tertekan Gara-Gara Tutup Jalan Di Gua Musang Read More »

Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa Terbakar

KOTA BHARU – Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini, terbakar dalam kejadian tengah malam tadi. Kebakaran membabitkan empat bilik iaitu tiga ruang pemeriksaan pesakit luar dan sebuah lagi bilik yang menempatkan pemandu ambulans. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias, berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.26 tengah malam tadi oleh pengawal …

Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa Terbakar Read More »

Wanita Dalam Pantang Ditemui Maut Dengan Pisau Tertusuk Di Leher

BACHOK: Seorang wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin lebih sebulan lalu maut selepas ditemui dengan pisau tertusuk pada leher di sebuah rumah di Kampung Beris Panchor, di sini, petang tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang dengan mangsa yang berusia 35 tahun sebelum itu disedari mengunci pintu biliknya dari dalam. Berdasarkan maklumat, adik mangsa, …

Wanita Dalam Pantang Ditemui Maut Dengan Pisau Tertusuk Di Leher Read More »

3,394 Nelayan Darat Tersenyum Terima RM200 Mulai Hari Ini

KUANTAN – Seramai 3,394 nelayan darat di seluruh negara menerima RM200 seorang hasil agihan Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2023 yang membabitkan peruntukan keseluruhan RM678,800. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain, berkata agihan itu membabitkan nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum di …

3,394 Nelayan Darat Tersenyum Terima RM200 Mulai Hari Ini Read More »

Ibu Diserang Strok, Empat Beradik Buntu Fikir Nasib Menjelang Aidilfitri

TUMPAT – Empat beradik dari Kampung Baru Nelayan, di sini, buntu memikirkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi tanpa ibu di sisi. Ibu mereka, Noriza Hussain, 38, terpaksa ditidurkan selepas diserang angin ahmar pada awal Ramadan lalu. Keempat-empat beradik yang berusia dari 4 hingga 12 tahun kini dijaga oleh ibu saudara …

Ibu Diserang Strok, Empat Beradik Buntu Fikir Nasib Menjelang Aidilfitri Read More »

10,000 Kg Beras Habis Diagihkan Dalam 15 Minit

GUA MUSANG: Hanya 15 minit, sebanyak 10,000 kilogram (kg) beras dan 1,000 kg minyak masak diagihkan kepada 1,000 asnaf di daerah ini pada program di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra di Bandar Baru di sini, semalam. Agihan beras, minyak masak dan timun kepada golongan asnaf itu adalah sumbangan penderma melalui Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua …

10,000 Kg Beras Habis Diagihkan Dalam 15 Minit Read More »

UAI Kembali Ke ‘Gelanggang’ Kuliah

KOTA BHARU: Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus kembali semula ke ‘gelanggang kuliah’ buat kali pertama di Madinah Ramadan, perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, selepas dimasukan ke hospital pada 16 Mac lalu. Sungguhpun masih dalam pengawasan serta perlu sentiasa mengikuti nasihat doktor, Azhar atau UAI kelihatan cukup bersemangat dapat kembali berkongsi ilmu dengan masyarakat …

UAI Kembali Ke ‘Gelanggang’ Kuliah Read More »

Ditahan Bawa Mercun, Bunga Api Guna Kenderaan PDRM

KOTA BHARU: Seorang anggota polis dan rakannya ditahan ketika membawa 15 kotak dan 12 guni pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM25,000 menggunakan kenderaan pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Machang, Selasa lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata penahanan kedua-dua suspek berumur 32 dan 35 tahun itu serta rampasan …

Ditahan Bawa Mercun, Bunga Api Guna Kenderaan PDRM Read More »

Guna LPT, Jalan Gerik Elak Kesesakan Jalan Gua Musang

GUA MUSANG: Perantau disaran menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) atau melalui jalan Gerik, Perak bagi mengelak pertambahan kenderaan melalui pintu masuk Gua Musang menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mengambil maklum kesesakan jalan masuk menghala ke Gua Musang ketika ini susulan penutupan jalan bagi tujuan …

Guna LPT, Jalan Gerik Elak Kesesakan Jalan Gua Musang Read More »

Japen Kelantan Jalin Kerjasama Tingkatkan Kesedaran Risiko Penipuan Dalam Talian

TUMPAT – Jabatan Penerangan (JaPEN) Kelantan menjalankan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan swasta bagi memberi kesedaran terhadap risiko penipuan dalam talian kepada masyarakat di negeri itu. Pengarahnya Muhd Nor Aswadi Mod Nor berkata kerjasama strategik itu merupakan ikhtiar Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menguar-uarkan kepada masyarakat supaya tidak terjebak dan tertipu dengan taktik …

Japen Kelantan Jalin Kerjasama Tingkatkan Kesedaran Risiko Penipuan Dalam Talian Read More »