Kerajaan Bincang Kaedah Penggunaan Ketum, Ganja
KOTA BHARU – Kerajaan akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi melihat kesesuaian dan kaedah penggunaan ketum serta ganja dalam bidang perubatan sekiranya ia dibenarkan di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata beliau akan memperincikan perkara itu termasuk melakukan perbincangan dengan pihak industri, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan. …