Kelantan

Warga Emas Maut Dirempuh Lori Di Lampu Isyarat

KOTA BHARU – Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah lori tiga tan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanah Merah – Gual Ipoh di sini pada Ahad. Mangsa lelaki berusia 60 tahun dan tidak bekerja itu maut ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah …

Warga Emas Maut Dirempuh Lori Di Lampu Isyarat Read More »

Pelajar UMK Jual Mi Sotong Segera Catat Jualan Enam Angka

KOTA BHARU – Seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya merekodkan jualan sebanyak enam angka walaupun sekadar menjual mi sotong segera. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) di UMK Kampus Jeli, Syed Muhammad Hafiz Seeni Mohd, 23, berkata, perniagaan mi sotong yang diusahakannya itu menggunakan resipi asli milik ayahnya. “Pada usia sembilan tahun …

Pelajar UMK Jual Mi Sotong Segera Catat Jualan Enam Angka Read More »

Bantuan Rumah Sewa Mangsa Banjir Termenung Akan Diselesaikan – MB Kelantan

PASIR MAS: Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud. “Isu ini dalam perhatian kerajaan negeri. Kita akan selesaikan bantuan ini kepada 58 keluarga,” katanya kepada pemberita di pusat pemindahan sementara …

Bantuan Rumah Sewa Mangsa Banjir Termenung Akan Diselesaikan – MB Kelantan Read More »

ECERDC Berhasil Mewujudkan Pelaburan Bernilai RM10.9 Bilion di Negeri Kelantan

KOTA BHARU — Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kerajaan Negeri Kelantan berjaya menghasilkan pelaburan sejumlah RM10.9 bilion di negeri Kelantan dalam tempoh 15 tahun. Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat berkata pelaburan ini telah mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan dan lebih 2,000 peluang …

ECERDC Berhasil Mewujudkan Pelaburan Bernilai RM10.9 Bilion di Negeri Kelantan Read More »

Mangsa Banjir Cecah 2,094 Di Kelantan

RANTAU PANJANG – Mangsa banjir di Kelantan kini mencecah 2,094 orang dengan jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,820 orang pada Sabtu. Penduduk di Kampung Tersang di sini, Nor Hisyam Abdullah, 36, berkata, setakat ini bot menjadi pengangkutan utama penduduk untuk keluar masuk. Menurutnya, laluan utama iaitu melibatkan jalan Rantau Panjang Lama, Tersang ke …

Mangsa Banjir Cecah 2,094 Di Kelantan Read More »

Musim Tengkujuh: Pembekal Jual Ayam RM 5.90 Sekilogram, Bantu Orang Ramai

KOTA BHARU – Memahami kesulitan orang ramai terutama dalam berdepan musim banjir, sebuah syarikat pembekal ayam segar hari ini mengambil inisiatif menjual barangan keperluan itu pada harga Rahmah RM5.90 sekilogram.  Ketua Pengawai Eksekutif Ayam Putih Sdn Bhd Erra Emira Mohamed Zin berkata lebih 2,000 ekor ayam dijual pada program promosi syarikatnya bermula 9 pagi hingga …

Musim Tengkujuh: Pembekal Jual Ayam RM 5.90 Sekilogram, Bantu Orang Ramai Read More »

Kelantan Umum Bantuan Khas RM2,000 Kepada Penjawat Awam

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan bayaran khas kewangan RM2,000 kepada penjawat awam negeri yang akan dibuat pada Februari tahun depan. Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bayaran khas itu akan memberi implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM18 juta. Beliau berkata bayaran khas itu sebagai menghargai jasa dan bakti pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang telah …

Kelantan Umum Bantuan Khas RM2,000 Kepada Penjawat Awam Read More »

Ancaman Binatang Berbisa Punca Mangsa Banjir Berpindah Ke PPS

PASIR PUTEH: Mangsa banjir di daerah ini mengambil keputusan berpindah awal ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana kehadiran binatang berbisa seperti ular. Mangsa banjir, Mohd Fadhli Hisham Yusof, 35, berkata dia membawa isterinya, Mi Hasanah Daud, 38, yang masih berpantang 29 hari bersama bayinya, Mohamad Fadlan, dan tiga anak. Katanya, ini kerana rumahnya sudah dimasuki …

Ancaman Binatang Berbisa Punca Mangsa Banjir Berpindah Ke PPS Read More »

Penjaga Lelaki Sabar Kendali Kanak-Kanak Agresif

KOTA BHARU – Tidak ramai lelaki yang bekerja menguruskan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) terutama melibatkan golongan agresif atau tantrum. Beberapa penjaga lelaki yang ditemui berpendapat kesabaran merupakan kunci utama untuk menjaga kanak-kanak OKU dalam kategori itu. Bagi Muhd Shafik Musmulyadi, 23, perkara utama yang perlu diketahui oleh guru ialah kehendak kanak-kanak terbabit kerana ia …

Penjaga Lelaki Sabar Kendali Kanak-Kanak Agresif Read More »

Kelantan Kutip RM3.056 Juta Untuk Palestin

KOTA BHARU: Kelantan berjaya mengumpul sebanyak RM3.056 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang akan disalurkan kepada penduduk Palestin. Sumbangan itu diperoleh menerusi beberapa saluran termasuk Tabung Aid4 Palestin sebanyak lebih RM2 juta; Gabungan Usahawan Prihatin Kelantan (RM526,000) dan kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM400,000. Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, ketika …

Kelantan Kutip RM3.056 Juta Untuk Palestin Read More »