Kompas Kiblat

Kenyang Dalam Keberkatan? Bagaimanakah itu?

Alhamdulillah. Kini masih berada dalam bulan mulia, bulan Ramadan. Semoga kita semua terus bersemangat untuk melaksanakan fardu puasa dalam bulan ini, dan semoga amal ibadat kita diterima Allah s.w.t. Insya-Allah. Antara yang penting dalam bulan Ramadan mahupun bukan bulan Ramadan adalah makan dan minum. Apabila berada dalam bulan puasa, kita gembira menunggu waktu berbuka. Ini …

Kenyang Dalam Keberkatan? Bagaimanakah itu? Read More »

Ayuh Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

“Tidak ada puasa (tidak dapat ganjaran) orang yang berpuasa terus-menerus sepanjang tahun.” Apa? Tapi? Bukankah saya sudah mengerjakan amal ibadah seperti yang tercatat dalam kitab suci Al-Quran iaitu berpuasa? Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” Surah Al-Baqarah:183 …

Ayuh Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal Read More »

10 Amalan Sunnah Rasulullah SAW Sewaktu Menyambut Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa merupakan Hari Raya Fitrah, iaitu hari bergembira sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan. Umat Islam seharusnya menyambut Aidilfitri ini sebagai sebuah kemenangan kerana berjaya melakukan amalan ibadat pada bulan Ramadan sebelumnya. Oleh itu, untuk mendapatkan kesempurnaan Hari Raya Aidilfitri ini, umat Islam disarankan untuk mengikuti …

10 Amalan Sunnah Rasulullah SAW Sewaktu Menyambut Aidilfitri Read More »

Betulkah Puasa Enam Syawal Perlu Dilakukan Berturut-Turut?

Kita sudah memasuki hari keempat dalam bulan Syawal. Pasti ramai di kalangan kita yang sudah memulakan puasa sunat enam Syawal. Ada juga yang sudah hampir selesai puasa sunat tersebut. Kita mengetahui bahawa ganjaran yang dikurniakanNya terhadap mereka yang melakukan puasa sunat enam Syawal ini adalah seperti telah melakukan puasa selama setahun. Besarnya ganjaran yang telah …

Betulkah Puasa Enam Syawal Perlu Dilakukan Berturut-Turut? Read More »

Bolehkah Isteri Bersedekah Menggunakan Harta Suami?

Kita sering dengar orang menyebut, duit suami adalah duit isteri. Maka, isteri mempunyai sebahagian hak ke atas duit suami. Sekiranya suami tidak menunaikan nafkah atau kedekut, maka isteri boleh mengambil sedikit duit suami sebagai memenuhi keperluan diri dan keluarga. Sebagaimana kisah yang pernah terjadi pada zaman Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah. Suatu hari, …

Bolehkah Isteri Bersedekah Menggunakan Harta Suami? Read More »

6 Sebab Dibolehkan Mengumpat Yang Anda Perlu Ketahui

“Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab: Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui. Baginda menyambung: Mengumpat itu, apabila kamu menyebutkan sesuatu yang dibenci oleh saudaramu! Sahabat bertanya: Bagaimanakah kalau sekiranya apa yang aku katakan itu memang betul ada pada saudaraku? Baginda menjawab: Kalau betul apa yang kamu katakan itu ada padanya, …

6 Sebab Dibolehkan Mengumpat Yang Anda Perlu Ketahui Read More »

Mengapa Perlu Berdoa Walaupun Tuhan Maha Mengetahui?

Ada seorang anak kecil yang bertanya kepada ibunya kerana perasaannya yang ingin tahu tentang konsep doa: “Adakah kita perlu berdoa setiap kali selepas menunaikan solat? Bukankah tuhan itu telah mendengar?” Ibunya menjawab: “Bukankah dengan berdoa itu menunjukkan kita bersungguh-sungguh dengan permintaan tersebut?” Tidak puas dengan jawapan tersebut, anak kecil itu bertanya lagi: “Tetapi, bukankah tuhan …

Mengapa Perlu Berdoa Walaupun Tuhan Maha Mengetahui? Read More »

Isu Solat Jama’ Qasar – Bolehkah Solat Jama’ Dan Qasar Di Kampung Halaman ?

Solat adalah ibadah yang wajib dilakukan walau dalam keadaan apa sekalipun. Banyak rukhsah yang telah disediakan, contohnya posisi solat ketika sakit, solat yang boleh dihimpunkan dalam satu waktu, serta bilangan rakaat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat sahaja. Umum mengetahui solat jama’ (menghimpunkan) dan qasar (memendekkan) boleh dilakukan dalam keadaan seseorang itu bermusafir. Namun, masih …

Isu Solat Jama’ Qasar – Bolehkah Solat Jama’ Dan Qasar Di Kampung Halaman ? Read More »

4 Kelebihan Puasa Enam Yang Perlu Anda Rebut? Tahukah Anda?

Ramadan untuk tahun ini bakal pergi meninggalkan kita beberapa hari saja lagi. Namun, perginya bulan Ramadan tidak bermakna berakhir sudah ibadah yang dikejarkan pada bulan mulia itu, tetapi kesinambungannya adalah berterusan pada bulan Syawal pula. Puasa enam atau puasa sunat selepas Ramadan adalah puasa yang disambut selama enam hari pada bulan Syawal. Hukumnya adalah sunat …

4 Kelebihan Puasa Enam Yang Perlu Anda Rebut? Tahukah Anda? Read More »

Bila Waktu Sebenar Lailatul Qadar? Ketahui Sebab Allah Sembunyikan Masa Khusus

Ramadan merupakan bulan yang begitu istimewa bagi para mukmin di seluruh dunia. Bagi mereka yang melakukan amal ibadah dengan bersungguh-sungguh pada bulan tersebut, maka Allah akan memberikan balasan kepada hamba-hambaNya. Sedar atau tidak, berbaki beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan meninggalkan kita. Sungguh syahdu untuk berpisah dengan bulan yang sangat mulia. Justeru, digalakkan untuk kita …

Bila Waktu Sebenar Lailatul Qadar? Ketahui Sebab Allah Sembunyikan Masa Khusus Read More »