Pahang

Jabatan Kesihatan Pahang Sahkan Satu Kes Batuk Kokol Di Rompin

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) mengesahkan satu kes jangkitan Pertussis (batuk kokol) dikesan di Kampung Bahagia, Rompin dekat sini. Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus dalam kenyataan di sini hari ini berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin melaporkan kes berkenaan baru-baru ini, yang melibatkan satu keluarga iaitu seorang ibu serta dua anaknya, dan keadaan …

Jabatan Kesihatan Pahang Sahkan Satu Kes Batuk Kokol Di Rompin Read More »

Pahang Cadang Tubuh Akademi Mineral

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang bercadang menubuhkan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) di Lipis, yang antara lain berperanan sebagai pusat pembelajaran dengan menawarkan program pendidikan dan latihan serta perkhidmatan teknikal berasaskan industri mineral. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kampus sementara AMMP di Lipis Centrepoint juga berperanan sebagai pusat sehenti bagi maklumat …

Pahang Cadang Tubuh Akademi Mineral Read More »

Operasi Carilamat Tekong Bot Karam Ditamatkan

KUANTAN – Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) seorang tekong bot nelayan tempatan yang hilang dalam kejadian bot karam di lokasi 26.8 batu nautika perairan Kuala Pahang ditamatkan selepas tiada sebarang petunjuk baharu ditemui. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, carilamat ditamatkan jam 7 petang pada Selasa …

Operasi Carilamat Tekong Bot Karam Ditamatkan Read More »

Pemandu Lori Tanah Putus Dua Kaki Dalam Nahas Empat Kenderaan

KUANTAN – Seorang lelaki putus kedua-dua belah kaki selepas lori muatan tanah dipandunya melanggar belakang sebuah treler tanpa muatan dan sebuah kereta sebelum terbalik di Jalan Pintasan Kuantan dekat Semambu dekat sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 12.15 tengah hari melibatkan empat …

Pemandu Lori Tanah Putus Dua Kaki Dalam Nahas Empat Kenderaan Read More »

Lelaki Acu Senjata, Samun Wang Jualan Peniaga Durian Di Bentong

BENTONG – Pembantu gerai durian di Kawasan Perindustrian Benus, di sini berdepan detik cemas apabila disamun lelaki bersenjata menyerupai pistol, semalam. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian jam 4.44 petang ketika wanita berusia 38 tahun itu berseorangan di gerai terbabit. “Wanita warga asing itu didatangi lelaki yang memandu Proton Wira. …

Lelaki Acu Senjata, Samun Wang Jualan Peniaga Durian Di Bentong Read More »

Jangan Sentuh Isu 3R, Bahaya Kepada Perpaduan – MB Pahang

PEKAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menasihati rakyat agar tidak menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) yang sangat berbahaya kepada perpaduan serta keharmonian negara Beliau berkata isu 3R berisiko menyebabkan berlakunya jurang lebih besar antara kaum selain boleh melahirkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada …

Jangan Sentuh Isu 3R, Bahaya Kepada Perpaduan – MB Pahang Read More »

Pahang Hasrat Anjur Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa

KUANTAN – Kerajaan negeri berhasrat mengadakan pertandingan perahu naga bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan sekali gus dapat melonjakkan lagi ekonomi Pahang dalam sektor pelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, dengan adanya acara bertaraf antarabangsa, ia dapat meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke negeri ini, khususnya di daerah ini. “Dalam pada …

Pahang Hasrat Anjur Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa Read More »

Polis Pahang Kenal Pasti 24 Projek Baik Pulih, Selenggara

KUANTAN – Polis Kontinjen Pahang setakat ini telah mengenal pasti 24 projek kerja baik pulih dan selenggara, untuk dilaksanakan menerusi peruntukan yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata projek tersebut, memberi keutamaan kepada baik pulih kuarters kakitangan dan balai polis yang uzur, selain kerja …

Polis Pahang Kenal Pasti 24 Projek Baik Pulih, Selenggara Read More »

UPNP Gempur Lokasi Perlombongan Dipercayai Bauksit Tanpa Lesen

KUANTAN – Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menumpaskan kegiatan perlombongan bahan mineral dipercayai bauksit tanpa lesen atau pajakan sah, di sini, hari ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata berdasarkan maklumat, sepasukan lapan anggota Pasukan Elit UPNP yang sedang melakukan rondaan di sekitar daerah Kuantan ternampak aktiviti berkenaan pada jam 2.15 petang. …

UPNP Gempur Lokasi Perlombongan Dipercayai Bauksit Tanpa Lesen Read More »

Suami Jadi Dalang Rompak Isteri Di Karak Diberkas Polis

BENTONG – Seorang suami sanggup menjadi dalang dalam kes rompatan membabitkan isterinya semata-mata bagi membuat tuntutan insurans di Taman Hijau, Karak di sini. Dalam kejadian 17 Julai lalu, seorang wanita berusia 42 tahun didatangi tiga lelaki yang mengacukan parang dan menggeledah rumah mangsa, kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna putih yang …

Suami Jadi Dalang Rompak Isteri Di Karak Diberkas Polis Read More »